Berita Harian

Sokong Belanjawan 2020 tangani isu rakyat

-

Penumpuan kerajaan ke arah usaha menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji munasabah kepada rakyat melalui Belanjawan 2020, amat disokong.

Ini yang ditunggu-tunggu. Ini kerana rakyat lebih memerlukan bantuan berbentuk ‘kail’ yang terbukti lebih menjamin kehidupan, berbanding dalam bentuk ‘ikan’ yang impaknya jelas bersifat sementara.

Sudah sekian lama isu penganggur­an menjadi kebimbanga­n di negara kita termasukla­h dalam kalangan graduan. Puncanya ketiadaan kerja yang sesuai dengan kelulusan.

Isu bangsa kita malas tidak perlu timbul kerana ramai yang berstatus graduan sekalipun tidak malu melakukan kerja ‘rencam’.

Contohnya ada yang berniaga di pasar tani, tidak kurang juga yang bekerja sebagai penghantar makanan. Ini bukti bangsa kita tidak malas.

Apa yang diharapkan, kerajaan dapat tampil dengan mekanisme lebih berkesan untuk mencipta lebih banyak peluang kerjaya kepada rakyat, dengan gaji yang setimpal.

Setuju atau tidak, kos sara hidup menjadi antara rungutan utama rakyat. Tanpa pekerjaan yang stabil dan gaji yang mencukupi, kualiti hidup rakyat tidak akan sampai ke tahap makmur.

Inilah juga puncanya rakyat terpaksa berhutang. Keadaan ini jika berterusan akan menyebabka­n rakyat terus terbeban akibat belenggu komitmen hutang yang tinggi, walaupun selepas mendapat pekerjaan dan gaji memuaskan.

Rakyat menaruh harapan tinggi kepada kerajaan untuk mengatasi semua isu yang dekat di hati ini, agar soal kemakmuran hidup dapat dikecapi.

Apa yang diharapkan, kerajaan dapat tampil dengan mekanisme lebih berkesan untuk mencipta lebih banyak peluang kerjaya kepada rakyat, dengan gaji yang setimpal. Rakyat yang berharap, Seremban, Negeri Sembilan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia