Berita Harian

Amal pengurusan kewangan terbaik

- Salina Abdullah, Pensyarah Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UITM) Melaka

Setiap hari di mana-mana sering diperkatak­an mengenai harga barang yang semakin meningkat, dengan terbaru membabitka­n harga minyak mentah di Malaysia.

Kerajaan sedang menjalanka­n kajian dan akan mencadangk­an mekanisme terbaik pemberian subsidi untuk pembelian RON 95. Ini kerana kerajaan terpaksa menampung lebih kurang RM133 juta setiap minggu, untuk perbelanja­an pemberian subsidi ini kepada rakyat.

Apabila pemberian subsidi ditarik balik kepada sebahagian daripada kategori B40 dan semua dalam kategori M40 (menurut pengumuman awal oleh timbalan menteri berkaitan), sudah semestinya golongan itu akan merasa kesukarann­ya. Sudah bersediaka­h kita semua?

Kita mungkin tidak dapat mengubah keadaan apabila keputusan dibuat nanti. Apa yang dapat diperbaiki ialah cara mana kita menguruska­n perbelanja­an yang dijangka meningkat (jika harga RON95 naik). Pengurusan kewangan peribadi perlu diperhalus­i semula.

Pengurusan tunai setiap bulan bagi setiap individu sebenarnya tidak sukar untuk difahami, cuma payah untuk dilaksanak­an bagi sesetengah orang.

Terdapat dua prinsip asas perlu diingati. Pertama perbelanja­an mestilah tidak melebihi pendapatan, manakala yang kedua, setiap individu perlu untuk membuat simpanan sekurangku­rangnya 10 peratus daripada wang gaji diterima setiap bulan.

Dengan perkembang­an internet dan kemudahan telefon pintar sekarang, tugas memastikan perbelanja­an tidak melebihi pendapatan menjadi sangat sukar. Tidak perlu pun bersusah payah keluar dari rumah, malah tidak perlu bangun daripada kerusi yang sedang anda duduk untuk berbelanja.

Pengurusan kewangan peribadi amatlah penting bagi setiap individu, tidak kita yang masih bujang atau sudah berkeluarg­a.

Boleh dikatakan semua orang menghadapi kesukaran menghadapi kos sara hidup yang meningkat, namun pasar raya dan pusat beli-belah tetap penuh.

Malaysia dikategori­kan sebagai antara negara paling obes di Asia Tenggara, kedai makan dan restoran mahal masih juga penuh.

Seharusnya kita semua perlu menjadikan pengurusan kewangan sendiri sebagai keutamaan. Ini kerana masa depan anda dan keluarga ditentukan dengan pengurusan kewangan yang baik.

Ini dapat mengelak daripada pelbagai masalah seperti kesukaran membeli rumah sendiri, anak tidak mendapat pendidikan sempurna dan yang paling menyedihka­n apabila bebanan hutang menjadikan seseorang diisytihar bankrap.

Pelbagai masalah lain pula akan timbul selepas itu. Diharap kita semua akan terus menjalani kehidupan lebih baik apabila perkara ini dapat dielakkan. Marilah kita sama-sama mengamalka­n pengurusan kewangan yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia