Berita Harian

Polis Indonesia tahan 1,489 perusuh

380 bakal didakwa cetus keganasan, termasuk 175 samseng

-

Jakarta: Bantahan pelajar Indonesia mempertika­ikan cadangan rang undang-undang baharu oleh kerajaan pimpinan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dilihat sebagai satu demonstras­i serius dan mungkin menghukum pihak yang salah.

Semalam, polis menahan sejumlah 1,489 orang susulan siri tunjuk perasaan membabitka­n pelajar dan golongan remaja di ibu negara.

Menurut laporan agensi berita Jakarta Post, daripada jumlah itu pihak berkuasa bercadang mendakwa 380 daripada mereka.

Jurucakap polis, Komisioner Asep Adi Saputra berkata, hampir separuh daripada mereka iaitu 179 orang masih ditahan polis.

“Suspek ditahan membabitka­n dua pelajar kolej, dua pelajar sekolah dan 175 samseng dan penganggur,” katanya yang dipetik kompas.com, kelmarin.

Sementara itu, mereka yang lain ditahan sudah dibebaskan. Katanya, mereka ditahan itu sama ada dianggap tidak bersalah, bawah umur atau dibebaskan sementara.

Siri perhimpuna­n yang dimulakan mahasiswa universiti bagi membantah rang undangunda­ng bermasalah di hadapan Dewan Perwakilan Rakyat dari 24 September hingga 30 September bertukar ganas dan menyebabka­n rusuhan di beberapa kawasan di bandar raya di sini.

Sementara itu, di Tangerang, satu pasangan Indonesia berusia pertengaha­n umur dilaporkan mulai terasa gelisah dengan cadangan rang undang-undang baharu negara republik itu.

Selepas 13 tahun melayari bahtera rumah tangga tanpa ikatan sah sehingga melahirkan tiga orang anak, mereka harap tidak menjadi mangsa peraturan itu jika ia bakal dilaksanak­an.

Hubungan mereka itu sama ada sah atau rasmi akan dibincangk­an di Parlimen Indonesia. Ia mungkin menjadikan mereka sebagai penjenayah apabila seks di luar perkahwina­n diharamkan.

Walaupun, Presiden Jokowi mengarahka­n Parlimen menangguhk­an undi mengenai perubahan undang-undang, bulan lalu selepas siri bantahan di jalan raya, rakyat Indonesia yang terjejas mungkin bimbang mengenainy­a.

“Jika kerajaan membangkit­kan isu perkahwina­n tidak sah sekali lagi, ia akan menjadi masalah dan membebanka­n kami,” kata suami yang bekerja sebagai pengangkut di gedung pakaian.

Pasangan itu enggan mendedahka­n nama kerana prihatin dengan isu yang berlaku dalam negara paling ramai penduduk Islam di dunia di mana fahaman konservati­f semakin menular di negara itu.

Pasangan yang tidak berkahwin tetapi tinggal bersama sebagai suami dan isteri mungkin berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda maksimum AS$710 (kira-kira RM3,000).

Jumlah itu dikatakan persamaan dengan gaji tiga bulan bagi majoriti warga Indonesia.

AGENSI/REUTERS

Suspek ditahan membabitka­n dua pelajar kolej, dua pelajar sekolah dan 175 samseng dan penganggur. Asep Adi Saputra Jurucakap polis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia