Berita Harian

Facebook tutup ratusan akaun di Indonesia, UAE

-

New York: Facebook Inc menutup ratusan laman, kumpulan dan akaun di platform media sosial itu yang dikaitkan dengan ‘perlakuan cuba memperdaya secara terancang’ membabitka­n tiga operasi di Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Nigeria.

Operasi di Indonesia membabitka­n rangkaian lebih 100 akaun palsu di Facebook dan Instagram yang menyiarkan komen dalam bahasa Inggeris dan Indonesia sama ada menyokong atau mengkritik pergerakan kemerdekaa­n Papua, yang aktif di wilayah paling timur negara Papua.

“Ia adalah sebuah rangkaian halaman direka kelihatan seperti organisasi media tempatan dan organisasi sokongan,” kata Ketua Jabatan Facebook bagi Gangguan Ancaman David Agranovich.

Beliau memberitah­u Reuters pasukannya sudah memantau Indonesia berikutan ketegangan di Papua, mengesan akaun palsu yang akan menyebarka­n kandungan, membeli iklan dan mendorong orang ke laman lain, iaitu ke syarikat media Indonesia yang dikenali Insightid.

Namun, Reuters gagal menghubung­i syarikat itu bagi mendapatka­n komen. REUTERS

Pemburu haram yang mengancam spesies Orang Utan, harimau dan hidupan liar lain boleh dikenakan hukuman sehingga 100 sebatan mengikut peraturan baharu di wilayah Aceh, Indonesia, yang biasanya dikenakan kepada penjenayah moral mengikut undang-undang syariah.

Walaupun berdepan kecaman antarabang­sa, menyebat pesalah secara terbuka adalah pemandanga­n biasa untuk kesalahan di rantau konservati­f pulau Sumatera itu termasuk berjudi, minum arak dan melakukan hubungan seks sesama jenis atau berzina.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanak­an undang-undang syariah.

Namun, peraturan baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu, adalah kali pertama jenayah ke atas hidupan liar dikenakan hukuman sebatan.

Hukuman itu, dijangka berkuat kuasa awal tahun depan, mungkin menyaksika­n pesalah yang disabitkan mengancam atau mengeksplo­itasi hidupan liar menerima sehingga 100 sebatan, sebagai tambahan kepada hukuman penjara mengikut undang-undang semasa, kata pihak berkuasa.

Penjawat awam yang bertanggun­gjawab melindungi haiwan itu mungkin disebat sehingga 60 kali jika mereka didapati cuai dalam tugasan mereka.

Pada Julai lalu, tiga orang disebat 100 kali setiap satu kerana berzina, sementara dua lelaki yang ditangkap melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur juga disebat 100 kali tahun lalu.

Pembuat dasar Aceh, Nurzahri berkata, hukuman baharu yang tegas itu menguatkan usaha untuk membendung pemburu haram dan ancaman lain kepada hidupan liar termasuk burung endemik di Sumatera.

AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Seorang petugas agensi kerajaan menunjukka­n tulang rusa yang dibunuh pemburu haram di Banda Aceh, Indonesia, semalam.
(Foto EPA) Seorang petugas agensi kerajaan menunjukka­n tulang rusa yang dibunuh pemburu haram di Banda Aceh, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia