Berita Harian

Sasaki sambut ulang tahun kelompok 10 terbaik

-

Kuala Lumpur: Ayumu Sasaki menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 dengan berada dalam kelompok 10 terbaik keseluruha­n untuk hari pertama saingan Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabang­sa Chang di Buriram, semalam.

Pelumba pasukan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing itu berada di tempat kesembilan dengan mencatat masa sepusingan terpantasn­ya pada sesi latihan bebas pertama dengan catatan 1 minit 43.481 saat sebelum melakukan 1‘44.447s pada sesi seterusnya.

Keputusan itu bagaimanap­un masih belum dapat menyamai catatan terbaiknya untuk saingan hari pertama tahun lalu yang menyaksika­n Sasaki melakukan 1‘43.468s.

Namun bagi pelumba itu, masih ada ruang untuk memperbaik­i catatan masa tatkala dirinya masih memburu penamat di podium sebagai ‘hadiah’ kepada pasukan sebelum berpindah ke pasukan lain, musim depan.

“Kami meraih minggu yang baik, permulaan yang bagus,” kata pelumba dari Jepun itu. “Kami perlu fokus untuk esok (hari ini) dan cuba melakukan yang terbaik dan bersaing memburu podium.”

Rakan sepasukan Sasaki, John Mcphee pula mencatat 1‘43.682s pada sesi latihan bebas kedua untuk berada di tempat ke-17 terbaik.

Selepas 14 pusingan musim, Sasaki sudah mengumpul 50 mata untuk berada di tangga ke-18 keseluruha­n carta pelumba Moto3 manakala Mcphee keempat dengan 126 mata. Pelumba dari Scotland itu ketinggala­n 58 mata daripada pendahulu, Lorenzo Dalla Porta (Leopard Racing).

Sementara itu, wakil pasukan dalam kelas Moto2, Adam Norrodin mencatat 1‘38.284s untuk berada di tempat ke-31 daripada 32 pelumba tatkala dirinya semakin mengenali jentera Moto2 yang digunakan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia