Berita Harian

Quartararo, Morbidelli laung amaran

Catat masa terpantas, ketiga hari pertama saingan di Buriram semalam

- Sukhairi@nstp.com.my

Oleh Sukhairi Thani Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo mengunggul­i hari pertama saingan Grand Prix (GP) Thailand yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Chang di Buriram, semalam.

Quartararo mencatat masa terpantas keseluruha­n dengan 1 minit 30.404 saat pada sesi latihan bebas kedua dan memperbaik­i catatan masanya pada sesi sebelum itu, 1‘31.170s manakala rakan sepasukann­ya, Franco Morbidelli ketiga, 1’30.625s.

Catatan dilakukan keduadua pelumba pasukan ini memberi isyarat awal betapa Yamaha mampu memberikan saingan di litar berkenaan tatkala Maverick Vinales (pelumba Monster Energy Yamaha Motogp muncul kedua terpantas dengan catatan terbaiknya 1’30.597s dan Valentino Rossi berada di tempat kelima, 1’30.733s.

“Jujurnya tahun lalu saya tidak mengetahui mengenai motosikal ini,” kata Quartararo yang kali pertama beraksi di Thailand menggunaka­n jentera Motogp. “Namun daripada sesi latihan bebas tahun lalu dan juga perlumbaan... motosikal mempunyai prestasi yang baik.

“Untuk sesi kelayakan esok, kami perlu berusaha ke atas rentak kelajuan, masih belum mencukupi dan kami akan melakukan sesuatu dan membuat beberapa perubahan.”

Sementara itu, Morbidelli menyifatka­n hari pertama GP Thailand sebagai positif meskipun terdapat kebimbanga­n mengenai keadaan cuaca yang dijangka hujan, hari ini.

“Kami bermula dengan agak baik. Motosikal juga berada dalam keadaan sangat baik dalam beberapa perlumbaan sebelum ini. Saya gembira, kami bekerja dengan baik dan pada sebelah petang, kami berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik. Ini satu petanda yang baik kerana kami tidak tahu bagaimana cuaca di sini.

“Apapun, kita perlu lihat bagaimana keadaan esok (hari ini) dan kami tahu yang kami mempunyai kelajuan yang sangat bagus dan kami perlu lebih baik lagi. Bagaimanap­un, keutamaann­ya adalah untuk berada di dalam dua barisan depan,” kata Morbidelli.

Selepas pusingan di Aragon, pasukan PETRONAS Yamaha SRT tiba di Thailand dengan momentum cemerlang, berada di tangga pertama senarai ‘Independen­t Rider’ menerusi Quartararo dan juga ‘Independen­t Team’.

 ?? Grafik BH ?? Fabio Quartararo
Grafik BH Fabio Quartararo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia