Berita Harian

400 pemain dunia berentap

-

Kota Kinabalu: Lebih 400 pemain golf dari 40 negara bakal menyertai pusingan akhir Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) 2019 di empat kelab golf di negeri ini bermula 19 hingga 26 Oktober ini.

Kejohanan itu akan berlangsun­g di Sutera Harbour Marina Golf and Country Club, Sabah Golf and Country Club, Dalit Bay Golf and Country Club di Tuaran dan Nexus Golf Resort Karambunai. Acara dianjurkan dengan kerjasama Delta Trend Golf and Lesuire Holiday Sdn Bhd yang menganjurk­an pusingan akhir WAGC di Kuala Lumpur pada 2017 dan di Johor Bahru (2018).

Selain PERODUA yang menjadi penaja utama sejak tujuh tahun lalu, ianya turut dijayakan oleh Tourism Malaysia dan Sabah Tourism Board (STB).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew, berkata kementeria­nnya giat mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di Sabah dan mengakui betapa pentingnya penganjura­n kejohanan seperti WAGC bagi menarik pelancong dan pelabur ke negeri berkenaan.

„Kami meminta semua rakyat Sabah untuk mengalu-alukan negara yang bertanding pada saingan WAGC. Menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia ini turut mendapat sokongan seluruh negara. Kejohanan besar seperti itu dapat dijayakan menerusi penajaan daripada penaja terutamany­a PERODUA dan sokongan daripada Tourism Sabah dan Tourism Malaysia,“katanya.

Sementara itu Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, empat daripada lima pemain yang akan mewakili Malaysia di WAGC berasal dari Sabah.

Katanya, pasukan Malaysia dinobatkan juara pada 2012 dan 2015, manakala menduduki tempat kedua pada 2016 dan tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia