Berita Harian

Aksi jadi penilaian akhir

Cheng Hoe tak letak sebarang tekanan ke atas Harimau Malaya

- Mfitrie@bh.com.my

Oleh Mohd Fitrie Muhamad Kuala Lumpur: Sekali pun kemenangan tetap jadi buruan, Tan Cheng Hoe tidak meletakkan sebarang tekanan buat skuad Harimau Malaya pada aksi persahabat­an menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Apa jua keputusan nanti, perlawanan itu tetap jadi penilaian akhir buat pengendali skuad kebangsaan itu sebelum menghadapi Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Khamis ini.

“Pemain cukup bermotivas­i untuk menghadapi perlawanan esok (hari ini). Walaupun ada pemain yang cedera, tetapi sebagai jurulatih saya perlu kekal optimis dan berharap pemain mampu beraksi baik.

“Perasaan bercampur baur, mahu keputusan dan juga dapatkan semula momentum seperti dilakukan dalam dua aksi terakhir.

“Dalam masa sama, mereka perlu berada dalam keadaan sedia untuk menghadapi aksi penting menentang Vietnam nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawa­nan semalam.

Jika dinilai kepada dua rekod pertemuan terdahulu, skuad » 7 Jun 1972 » 12 Julai 1972 » 2 Mei 1979 » 24 Mac 2007 » 26 Mac 2007 » 28 April 2012 » 12 Oktober 2018 Harimau Malaya dijangka tidak berdepan masalah ketika berjaya memastikan kemenangan 6-0 pada 2012 dan 4-1 dalam pertemuan terakhir Oktober tahun lalu.

Bagaimanap­un, dalam dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sebelum ini, Sri Lanka yang dikendalik­an Nizam Packeer Ali jelas berada pada aksi terbaik.

“Sepanjang tiga empat hari berlatih, kita sudah mencuba pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama, tetapi yang penting adalah pemain bebas daripada kecederaan untuk aksi dengan Vietnam.

“Saya mahu pemain yang datang ke dalam pasukan boleh menabur bakti kepada pasukan yang kita banggakan ini,” katanya.

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Cheng Hoe bersalaman dengan Packeer Ali sambil diapit Aidil Zafuan dan kapten Sri Lanka, Kavindu Ishan pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Cheng Hoe bersalaman dengan Packeer Ali sambil diapit Aidil Zafuan dan kapten Sri Lanka, Kavindu Ishan pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia