Berita Harian

Packeer Ali janji kejutan di Bukit Jalil

-

Kuala Lumpur: Pengendali Sri Lanka, Nizam Packeer Ali, berkata pasukan bimbingann­ya memiliki elemen kejutan untuk menewaskan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabat­an di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Sekali pun hanya berstatus persahabat­an, Packeer Ali tetap melihat perlawanan itu sebagai penting bagi menilai pemainnya secara menyeluruh sebelum berkunjung ke Korea Selatan untuk aksi Kumpulan H kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Khamis ini.

Packeerali turut mengakui mahu memastikan adunan terbaik bagi menghadapi Korea Selatan memandangk­an penyertaan mereka kali ini adalah yang pertama sejak 16 tahun lalu.

“Sri Lanka banyak berubah dan meningkat selepas layak ke pusingan kedua kelayakan sejak 16 tahun lalu.

“Sudah pasti ini pengalaman yang bagus buat pasukan dan juga pemain. Terima kasih kerana memberikan peluang ini kepada kami. Pasukan saya mempunyai banyak kejutan dan saya juga terkejut dengan cara pemain beraksi,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di sini, semalam.

Walaupun ranking skuad negara lebih baik, Sri Lanka yang menghuni tangga ke-202 dunia sudah membuktika­n yang mereka mampu bersaing dengan pasukan lebih atas, termasuk ketika hanya tewas 2-0 kepada Turkmenist­an dan 1-0 Korea Utara.

Mengulas rahsianya memacu pasukan, Packeer Ali berkata, latihan kepada pemain tidak hanya terhad dalam padang, sebaliknya mendidik mereka tentang kepentinga­n untuk meningkatk­an kualiti permainan demi masa depan.

“Bukan saja berlatih dalam padang, tetapi berikan mereka pendidikan menerusi bola sepak. Hakikatnya kami sudah bekerja keras dan mempamerka­n peningkata­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia