Berita Harian

APM Sarawak terima 23 bot baharu

-

Kuching: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak menerima 23 bot baharu bagi meningkatk­an keupayaan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku mulai bulan depan.

Timbalan Pengarah APM Sarawak, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata dengan penambahan aset itu, pihaknya kini memiliki 69 bot di seluruh negeri.

“Sebelum ini, kami mempunyai 46 bot saja dan dengan penambahan 23 bot ini, saya yakin keupayaan anggota kami melakukan tugas penyelamat­an kini semakin mantap,” katanya

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat Tugas dan Peranan APM kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh Sarawak pada Kursus Pengurusan Bencana yang diadakan di M Hotel di sini, semalam.

Selain bot, Cuthbert berkata APM Sarawak turut mempersiap­kan 1,210 pegawai dan anggotanya untuk dikerah bila-bila masa bagi menghadapi banjir.

“Dalam tempoh empat jam pertama berlakunya bencana khususnya banjir, seramai 300 pegawai dan anggota akan digerakkan manakala dalam tempoh 24 jam berikutnya, 600 lagi akan digerakkan.

“APM juga sudah mempersiap­kan aset dan logistik iaitu sebanyak lima unit dron, 17 lori, 19 pacuan empat roda dan 13 ambulans untuk melaksanak­an operasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata satu mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana peringkat pusat akan diadakan di Putrajaya, 16 Oktober ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu, yang akan dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diadakan bagi memastikan kesiapsiag­aan seluruh jentera pengurusan bencana bagi menghadapi musim monsun timur laut yang dijangka membawa hujan lebat, seterusnya dikhuatiri menyebabka­n banjir.

 ?? (Foto Ihsan APM) ?? Antara bot baharu yang diterima APM Sarawak sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.
(Foto Ihsan APM) Antara bot baharu yang diterima APM Sarawak sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia