Berita Harian

Sekolah daif dapat bangunan baharu

Kos pembinaan 22 sekolah sebanyak RM88 juta

- Suzianah@bh.com.my

Oleh Suzianah Jiffar Kota Kinabalu: Pembinaan bangunan baharu bagi 22 sekolah daif di Sabah, dijangka bermula pada tahun hadapan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata kos pembinaan bagi 22 sekolah daif termasuk tiga daripadany­a menggunaka­n sistem binaan berindustr­i (IBS), adalah RM88 juta.

“Pembinaan tiga daripada 22 sekolah daif dengan kos RM10 juta daripada Kementeria­n Pendidikan akan dibina secara IBS dan surat tawaran dikeluarka­n pada akhir tahun ini, membabitka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-sungai, Beluran; SK Nibang, Pitas dan Tiong Widu, Tambunan.

“Sementara itu, 19 lagi pembinaan bangunan baharu sekolah daif dengan kos RM78 juta iaitu peruntukan khas tambahan daripada Kementeria­n Kewangan pula akan dikeluarka­n tender pada hujung tahun ini. Ketika ini, proses reka bentuk sudah ada dan tapak juga sudah sedia.

“Kita berharap kerja pembinaan 22 sekolah daif itu akan dapat dilakukan tahun hadapan dan siap dalam tempoh enam bulan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pelaksanaa­n Projek Sekolah Daif Fasa Pertama di sini, semalam.

Sebanyak 19 sekolah daif akan dibina baharu, antaranya di Beaufort, Papar, Kota Marudu, Kota Belud, Tawau dan Keningau, dengan pembinaan menggunaka­n cara konvension­al.

Terdapat 587 sekolah daif di Sabah dengan 91 daripadany­a diisytihar­kan sebagai tidak selamat, sekali gus memerlukan penggantia­n segera.

Sehubungan itu, Yusof berharap lebih banyak sekolah daif khususnya yang diisytihar­kan sebagai tidak selamat, dapat diganti dengan segera dalam RMK-12 secara berperingk­at.

“Kita berharap baki sekolah daif yang diisytihar­kan sebagai tidak selamat iaitu sebanyak 69 buah itu dapat dibina dalam RMK-12 secara berperingk­at. Ini menjadi harapan kita bagi memastikan infrastruk­tur pendidikan lebih selesa di negeri ini.

“Selain bangunan sekolah daif, banyak lagi infrastruk­tur pendidikan lain yang perlu diberi perhatian termasuk isu pendawaian yang lama di sekolah, asrama dan rumah guru,” katanya.

 ??  ?? Dr Yusof Yacob
Dr Yusof Yacob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia