Berita Harian

Dua beradik terkejut ibu bapa positif dadah

-

Kota Kinabalu: Dua beradik terkejut apabila operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk mengesan penagih dadah kelmarin mendapati kedua ibu bapa mereka positif dadah.

Dalam operasi jam 10 malam itu, dua beradik berusia 20 dan 21 tahun, tergamam apabila melihat kedua ibu bapa mereka ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu.

Pasangan berusia 45 dan 46 tahun itu adalah antara 15 yang ditahan dalam operasi ‘Ops Cegah’ yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit bersama dua anak sedang tidur sebelum terkejut apabila rumah mereka diketuk anggota penguatkua­sa AADK.

Bagaimanap­un, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua ibu bapa keluarga terbabit positif dadah dan mengaku baru melepaskan gian menghisap syabu dua hari lalu.

Sementara itu, Pengarah AADK Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim, berkata Ops Cegah yang dijalankan itu membabitka­n 10 anggota AADK Sabah diketuai pegawai, Erwan Roslan.

Katanya, 15 individu ditahan termasuk pasangan suami isteri itu, kerana terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Serbuan dilakukan di beberapa lokasi, antaranya di Bandaran, Kampung Teguli Putatan, Ulu Putatan, dan Kampung Sailan, Putatan.

“Serbuan dilakukan di beberapa lokasi, antaranya di Bandaran, Kampung Teguli Putatan, Ulu Putatan, dan Kampung Sailan, Putatan.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua yang ditahan positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Abdul Hamediee berkata semua penagih yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Negeri Sabah untuk tindakan selanjutny­a termasuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki penagih dadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia