Berita Harian

500 ikan, udang terdampar akibat pencemaran

-

Sandakan: Lebih 500 kilogram (kg) ikan dan udang terdampar di tebing sungai dipercayai akibat pencemaran di Sungai Segaliud, yang mula dikesan pada 26 September lalu.

Tinjauan mendapati air sungai berbau hanyir dan bertukar warna hitam akibat pencemaran sisa kilang di kawasan berkenaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), John Until, berkata pencemaran itu menyebabka­n ribuan ikan dan udang ditemui mati serta terdampar di tebing sungai.

“Penduduk kampung sebelum ini mengutip lebih 50 kg ikan dan udang yang terdampar di tebing sungai berkenaan.

“Perkara ini dilihat memberi kesan kepada nelayan di kawasan persekitar­an yang kini kehilangan punca pendapatan akibat pencemaran sungai berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sehubungan itu, John merayu supaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah segera mengeluark­an laporan siasatan lengkap mengenai pencemaran itu.

“Ini bagi membolehka­n kami tahu kepada siapa hendak menuntut kerugian dan apa tindakan terbaik seterusnya dalam membantu nelayan yang kini hilang pendapatan,” katanya.

Sementara itu, seorang nelayan dan juga penternak ikan sangkar di Sungai Segaliud, Ongong Unangga, 59, berkata dia terpaksa membuat sangkar ikan dalam rumah susulan pencemaran itu.

“Sebelum ini, ikan saya di dalam sangkar di sungai. Tetapi terpaksa dipindahka­n bagi mengelak mengalami lebih banyak kerugian.

“Mujur ada penduduk pinjamkan saya kain kanvas dan alat oksigen ikan. Jika tidak, pasti semua ikan ubi (ketutu) saya mati akibat pencemaran,” katanya.

 ?? (Foto Hazsyah Abdul Rahman /BH] ?? John Until menunjukka­n ikan dan udang yang mati akibat pencemaran, di Sungai Segaliud.
(Foto Hazsyah Abdul Rahman /BH] John Until menunjukka­n ikan dan udang yang mati akibat pencemaran, di Sungai Segaliud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia