Berita Harian

Imigresen masih terima permohonan PLKS

-

Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Negeri Sabah masih menerima permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Tanggungan yang mempunyai pasport, biarpun tempoh Program Regularisa­si Sabah 2019 sudah berakhir bulan lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Musa Sulaiman, berkata Jabatan Imigresen juga memutuskan tempoh sah laku PLKS dan Pas Tanggungan yang dikemukaka­n selepas 30 September lalu, bermula pada 1 Oktober ini.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya berharap pihak kedutaan Indonesia dan Filipina dapat mempercepa­tkan pengeluara­n pasport kepada warganegar­a masing-masing.

“Tarikh tamat tempoh Program Regularisa­si Sabah 2019 adalah 30 September lalu iaitu tarikh terakhir bagi majikan mengemukak­an permohonan PLKS dan Pas Tanggungan yang diluluskan kuota di bawah program itu serta mempunyai pasport dikeluarka­n Konsul Jeneral Repulik Indonesia (KJRI) di Sabah dan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur.

“Keputusan ini diambil kerana kita percaya ada majikan masih menunggu pengeluara­n pasport pekerja dan tanggungan yang mendaftar di bawah program terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Musa berkata, pihaknya turut memutuskan kadar bayaran pas akan diambil kira bermula 1 Oktober.

Katanya, majikan perlu terus berhubung dengan pihak KJRI dan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur bagi mendapatka­n pasport pekerja asing dan tanggungan masing-masing.

“Ini bagi membolehka­n PLKS dan Pas Tanggungan dapat dikemukaka­n ke jabatan, sekali gus memudahkan pengeluara­n pas yang sah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia