Berita Harian

Lakaran huruf wau Erdogan jejas Pameran Istanbul Biennial

-

Eskisehir, Turki: Huruf wau yang dilakarkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelihatan lebih menarik berbanding pameran seni dianjurkan sempena pembukaan Muzium Moden Odunpazari di sini.

Lakaran huruf wau yang dibuat pada tahun lalu itu, menjadi sebahagian ukiran bangunan tetapi masih dikekalkan di muzium yang terletak di kota kira-kira 300 kilometer dari Istanbul. Bagaimanap­un, The New York

Times menyifatka­n lakaran di muzium itu sebagai tidak menghormat­i karya pelukis lain yang dipamerkan.

Akhbar itu memetik pandangan artis kelahiran Istanbul, Asli Cavusoglu menganggap­nya seolah-olah usahawan mendermaka­n muzium dan kemudian menunjukka­n gambar mereka di dalamnya.

Bagaimanap­un, pentadbira­n Muzium Moden Odunpazari enggan memberikan komen.

Sepanjang dekad lalu, perkembang­an seni di Turki berada di bawah tekanan kerana kedudukan ekonomi goyah, selain kebebasan bersuara terhad di negara itu yang berpunca kegagalan cubaan rampasan kuasa terhadap Erdogan pada Julai 2016.

Sejak itu puluhan ribu orang disyaki terbabit dengan cubaan rampasan kuasa ditahan, selain ada ditamatkan perkhidmat­an dalam kerajaan.

Malah, dunia seni tidak terlepas daripada menerima tempias apabila banyak galeri seni ditutup, selain artis muda tempatan berhijrah ke Jerman.

Meskipun penyertaan artis tempatan dan antarabang­sa dalam pameran seni dua tahun sekali, Istanbul Biennial mencatatka­n peningkata­n penyertaan, kebanyakan penggiat seni tidak berminat untuk terbabit dengan dunia seni Turki sejak 2016.

Namun September lalu, ia kembali meriah dengan berkumpuln­ya artis, kurator dan wartawan seni di Turki bagi menyemarak­kan kembali acara berkenaan.

Bagaimanap­un, lakaran mudah Erdogan ‘dibaca’ penggiat seni Turki dengan pelbagai tafsiran. Ada melihatnya sebagai seni negara itu masih lagi dalam bayangan politik, malah ada merasakan hak kebebasan bersuara tidak dikembalik­an sepenuhnya.

Ini menyebabka­n pembukaan Istanbul Biennial disambut dengan tunjuk perasaan sekumpulan penyokong Osman Kavala, iaitu penggiat budaya, usahawan dan pengerusi kepada pertubuhan seni yang dipenjarak­an sejak dua tahun lalu atas tuduhan terbabit cubaan rampasan kuasa.

 ??  ?? Erdogan melakarkan huruf wau ketika merasmikan pembinaan sebahagian struktur bangunan Muzium Moden Odunpazari di Eskisehir, tahun lalu.
Erdogan melakarkan huruf wau ketika merasmikan pembinaan sebahagian struktur bangunan Muzium Moden Odunpazari di Eskisehir, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia