Berita Harian

United bergelut, Martinelli julang Arsenal

Wolves turut cipta kemenangan kejutkan Besiktas

-

The Hague: Manchester United kendalian Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi bergelut dengan ketumpulan jentera serangan apabila gagal menghasilk­an sebarang percubaan tepat dalam usaha memburu kemenangan pertama di tempat lawan sejak Mac.

United kini belum menang dalam 10 perlawanan di tempat lawan - deretan yang menyaksika­n mereka hanya meledak lima gol termasuk keputusan seri tanpa jaringan menentang AZ Alkmaar dalam saingan Kumpulan L Liga Europa kelmarin.

“Suasana amat sukar tetapi saya rasa kami melakukann­ya dengan baik. Ia meletakkan kami dalam kedudukan yang baik,” kata Solskjaer.

“Jika anda mendapat keputusan seri di tempat lawan dan menang di laman sendiri, anda dalam keadaan baik.”

Pemain akademi Brandon Williams memulakan permainan buat kali pertama untuk United, yang menyaksika­n pemain remajanya Mason Greenwood hampir memecah kebuntuan pada minit ke-30 namun rembatanny­a dihalang Ron Vlaar.

Perlawanan di atas padang rumput tiruan yang digambarka­n Solskjaer sebagai antara yang paling teruk, selepas ribut memusnahka­n gelanggang Alkmaar pada Ogos.

Keputusan seri itu menyaksika­n United berkongsi mata dengan pendahulu Partizan Belgrade yang menang 2-1 di Astana.

Sementara itu, penyerang muda Arsenal Gabriel Martinelli menyumbat dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Standard Liege. Martinelli, 18, meletakkan finalis musim lalu itu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan sebelum menggandak­an jaringan dua minit kemudian. Pemain kelahiran Brazil itu hanya membuat penampilan keduanya sejak menyertai Gunners pada Julai lalu. Dia turut meledak dua gol ketika berdepan Nottingham Forest dalam aksi Piala Liga tempoh hari.

Joe Willock meledak gol ketiga Arsenal pada minit ke-22 dan Martinelli mencipta gerakan kepada gol pelengkap Dani Cabellos untuk melonjakka­n Arsenal ke puncak Kumpulan F dengan enam mata.

Dalam pada itu, kapten Wolves, Conor Coady menegaskan kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak bertanding dalam Liga Europa hanya ‘untuk mencukupka­n bilangan’ selepas mereka meraih kemenangan pertama peringkat kumpulan dengan menewaskan Besiktas 1-0 di Istanbul.

Pemain pertahanan Willy Boly meledak gol tunggal pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan dramatik itu.

Wolves bersaing pada pertanding­an Eropah buat kali pertama selepas 39 tahun dan Coady berazam untuk menggunaka­n setiap kesempatan.

AFP/AGENSI

 ?? (Foto REUTERS). ?? Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli menjaringk­an gol kedua dalam kemenangan 4-0 ke atas Standard Liege.
(Foto REUTERS). Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli menjaringk­an gol kedua dalam kemenangan 4-0 ke atas Standard Liege.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia