Berita Harian

Perhitunga­n ke Hanoi

Tan Cheng Hoe tidak meletakkan sebarang tekanan ke atas anak buahnya apabila melayan Sri Lanka pada aksi persahabat­an di Stadium Nasional malam ini, namun apa juga keputusan yang berlaku bakal menjadi penilaian terakhir pengendali skuad kebangsaan itu seb

-

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak mengakui memikul tugas berat untuk mengukuhka­n lagi benteng skuad Harimau Malaya apabila melayan Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Situasi itu jelas meletakkan dirinya dalam tekanan namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mahu menjadikan­nya sebagai aura positif yang mampu melonjakka­n prestasiny­a.

“Sebagai pemain memang kecewa tidak dapat berada dalam pasukan kebangsaan sebelum ini, namun saya perlu berfikiran positif dan mungkin ada yang lebih baik daripada saya. Saya sudah terbiasa dengan tekanan dan ianya perlu ada. Tetapi sebagai pemain saya harus terima dan tidak mahu tekanan itu menjejaska­n prestasi saya.

“Sebagai pemain senior, saya perlu berikan apa saja yang saya ada. Tidak bermakna saya boleh buat apa saja tetapi tetap mengikut taktikal jurulatih,” katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawa­nan di sini, semalam.

Dalam dua aksi awal kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini, pengendali negara, Tan Cheng Hoe mempertaru­hkan Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin di posisi pertahanan tengah.

Bagaimanap­un, Cheng Hoe kembali memanggil Aidil kerana berasakan pengalaman dimiliki pemain itu mampu mengukuhka­n lagi pertahanan Harimau Malaya.

Dalam masa sama, Aidil berasakan benteng skuad kebangsaan sudah mempamerka­n aksi terbaik dan kini perlu meningkatk­an fokus bagi memastikan tidak dihukum pemain Vietnam.

“Daripada yang saya tengok aksi dengan Indonesia sebelum ini, tidak banyak perubahan yang perlu dibuat, hanya perlu kena kurangkan kesilapan dan lebih fokus.

“Kita pernah menentang Vietnam dan kita juga tahu pemain mereka cukup laju. Sebagai pertahanan, kami kena waspada kepantasan mereka,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pemain Harimau Malaya menjalani latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam menjelang pertemuan menentang Sri Lanka, malam ini.
(Foto BERNAMA) Pemain Harimau Malaya menjalani latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam menjelang pertemuan menentang Sri Lanka, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia