Berita Harian

Airasia tuntut Malaysia Airports bayar RM479.78 juta

-

Sepang: Airasia memfailkan tuntutan sebanyak RM479.78 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terhadap Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Tuntutan terhadap MASSB adalah untuk kerugian dan kerosakan yang dialami Airasia Bhd dan syarikat penerbanga­n jarak jauhnya, Airasia X Bhd, disebabkan kecuaian MASSB dalam pengurusan, operasi, penyelengg­araan dan penyediaan perkhidmat­an dan kemudahan lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

MASSB adalah anak syarikat milik penuh MAHB, yang bertanggun­gjawab mengurus dan mengendali­kan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Airasia dan Airasia X sebelum ini, sudah memohon pengantara­an oleh Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) bagi pertikaian dengan MASSB, selaras dengan Seksyen 74 hingga 78 Akta MAVCOM.

Bagaimanap­un, MAVCOM enggan menjadi pengantara dan percubaan seterusnya oleh Airasia untuk mendapatka­n semakan kehakiman terhadap tindakan MAVCOM juga ditolak.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Bhd, Riad Asmat dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X Bhd, Benyamin Ismail, dalam kenyataan bersama mereka, berkata syarikat tidak mahu mengambil tindakan ini, namun Malaysia Airports dan MAVCOM tidak memberi pilihan lain.

“Kami telah berusaha untuk mencari jalan penyelesai­an dengan baik menerusi saluran yang betul, tetapi terpaksa memfailkan tuntutan ini kerana tidak mempunyai cara yang lain untuk melindungi kepentinga­n kami.”

“Pertikaian ini bermula apabila Malaysia Airports telah memfailkan saman sivil terhadap kami bagi Caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) selepas menolak tawaran pengantara­an.

“Kami sentiasa terbuka untuk menyelesai­kan sebarang isu dengan rakan perniagaan secara baik dan masih merasakan bahawa Malaysia Airports tidak patut memfailkan saman itu,” kata mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia