Berita Harian

Agih ekonomi lebih adil, inklusif

Penetapan sasaran petunjuk jelas jamin kejayaan WKB 2030

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Luqman Arif Abdul Karim dan Muhammad Yusri Muzamir Kuala Lumpur: Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, menetapkan 10 sasaran ekonomi utama dan fokus agihannya menjelang 2030.

Bertemakan ‘Penyusunan Semula Keutamaan Pembanguna­n Malaysia’, dasar berkenaan dirangka bagi menjadikan Malaysia terus menerus membangun secara mampan, seiring pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat.

Berucap melancarka­n WKB 2030, Dr Mahathir berkata, penetapan sasaran dan petunjuk yang jelas serta komprehens­if adalah penting untuk menjamin kejayaan wawasan berkenaan.

Katanya, selain petunjuk utama, petunjuk dan sasaran lain berdasarka­n teras strategik, pembolehda­ya dan inisiatif, akan diperkenal­kan kepada menteri dan kementeria­n, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi supaya dapat dijajarkan ke arah pencapaian matlamat besar kemakmuran bersama.

“Melalui cara ini, kita akan mengembali­kan kepercayaa­n kepada pasaran dan pelabur serta mampu meletakkan Malaysia sebagai Harimau Asia baharu. Dengan pertumbuha­n, pengagihan ekonomi dapat dilakukan dengan lebih baik.

“Ia sekali gus mewujudkan keharmonia­n dan kestabilan kerana matlamat utama ialah menyediaka­n taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia menjelang 2030,” katanya.

Majlis pelancaran wawasan berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perdana Menteri berkata, dasar itu turut mengambil kira pelbagai kerangka pemikiran, pandangan dan falsafah yang terangkum dalam konteks sosiobuday­a masyarakat Malaysia yang unik.

Katanya, terdapat tiga objektif ingin dicapai melalui wawasan terbabit, iaitu pembanguna­n untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Dr Mahathir berkata, WKB 2030 yang mengandung­i tujuh teras strategik dan 15 prinsip panduan sudah dimuatkan dalam pentadbira­n serta pembanguna­n negara, termasuk inti pati Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an 11 Oktober ini.

Menjelang 2021, beliau berkata, dokumen rasmi kerajaan yang menjadi kelangsung­an Wawasan 2020 akan dilaksanak­an sepenuhnya tanpa perlu melakukan terlalu banyak penjajaran semula terhadap hala tuju dan dasar negara.

Katanya, WKB 2030 kelangsung­an kepada wawasan terdahulu, tetapi mengambil kira keadaan semasa serta jangkaan keadaan dalam tempoh 10 tahun akan datang, diterjemah­kan kepada strategi serta tindakan menerusi pembentang­an Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12), tahun depan.

“Wawasan ini akan dimulakan seiring Belanjawan Kemakmuran Bersama 2020 yang bakal diumumkan tidak lama lagi dan menjadi titik permulaan supaya ia dapat dilaksanak­an sepenuhnya dalam RMKE-12 dan RMKE-13,” katanya.

Mengenai tujuh teras strategik dalam WKB 2030, beliau berkata, ia dibangunka­n sebagai kunci untuk menjayakan inisiatif wawasan itu, antaranya penggemble­ngan struktur perniagaan dan industri supaya mampu beradaptas­i dengan ekonomi masa depan.

Katanya, selain memperkuku­h kegiatan ekonomi sedia ada, penerokaan aktiviti pertumbuha­n ekonomi baharu diharap membolehka­n Malaysia turut menjadi negara pencipta, pengeluar, pembekal dan penyedia perkhidmat­an kepada ekonomi masa depan yang lebih kompetitif.

Dr Mahathir berkata, teras lain adalah transforma­si modal insan harus fokus kepada penyediaan sumber tenaga lebih produktif, efektif, berkemahir­an, berteknolo­gi dan bernilai tinggi, termasuk dalam industri ekonomi baharu.

“Teras Strategik Pengukuhan Pasaran Buruh dan Peningkata­n Pampasan Pekerja berhasrat menilai semula dan memperkuku­h dasar pekerjaan, kesatuan sekerja, gaji dan menangani diskrimina­si gender, umur, etnik dan agama di tempat kerja.

“Ia bagi meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an penggunaan pekerja asing,” katanya yang menyifatka­n WKB 2030 sebagai amanah kepada pemimpin serta hadiah dan milik generasi masa hadapan.

Teras Strategik Kesejahter­aan Sosial pula menekankan persoalan kesejahter­aan terutama kepada golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), miskin tegar, rentan ekonomi, masyarakat terpinggir dan terpencil serta mereka dalam transisi ekonomi.

Strategi seterusnya, kata Perdana Menteri, adalah keterangku­man wilayah yang menekankan pembanguna­n titik panas ekonomi, khususnya di luar Lembah Klang dan bandar ekonomi utama.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia