Berita Harian

Rasuah jejas pembanguna­n: PM

-

Kuala Lumpur: Rasuah dan salah guna kuasa adalah perkara pokok yang merencatka­n pengembang­an dan pengagihan ekonomi negara, bukannya Agenda Bumiputera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, agenda berkenaan menerima impak besar daripada masalah terbabit apabila peluang dan sokongan yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputera, disalah guna dan tiris kepada kumpulan yang tidak sepatutnya.

Menegur sikap masyarakat Malaysia yang masih mengamalka­n rasuah, Dr Mahathir menyifatka­n ia sebagai kanser yang mampu merencatka­n pertumbuha­n dan pengagihan ekonomi negara, sekali gus menggesa budaya itu dihentikan.

“Kesannya, jurang kedudukan ekonomi Bumiputera tidak akan selesai. Sebagai doktor, saya hanya mahu melihat penyakit kanser ini diubati. Ia harus dipotong dan dibuang,” katanya berucap melancarka­n Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, semalam.

Beliau berkata, sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai, manakala peningkata­n ekuiti asing pula membimbang­kan.

“Ekuiti Bumiputera dan bukan Bumiputera, masing-masing jatuh sebanyak tujuh peratus dan tiga peratus dari 2011 hingga 2015, sebaliknya pegangan asing meningkat 10 peratus hasil langkah liberalisa­si pramatang oleh pentadbira­n terdahulu,” katanya.

Dr Mahathir berkata, data berkenaan menunjukka­n DEB diperkenal­kan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 1970, yang menetapkan pegangan Bumiputera sebanyak 30 peratus, masih gagal dicapai.

“Pada 2015, ekuiti korporat Bumiputera jatuh kepada 16.2 peratus, manakala bukan Bumiputera turun kepada 30.7 peratus. Pemilikan ekuiti asing pula meningkat kepada 45.3 peratus.

“Berbanding 2011, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera berada pada tahap 23.4 peratus, manakala bukan Bumiputera memegang 34.8 peratus. Pada waktu itu, ekuiti asing hanyalah sebanyak 37.2 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia