Berita Harian

Fokus sembilan golongan sasar, ekonomi Bumiputera

Kerajaan mahu baik pulih kedudukan sosioekono­mi

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi keutamaan kepada sembilan kumpulan sasar dalam pelaksanaa­n Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 bagi membolehka­n kedudukan sosioekono­mi mereka dibaik pulih.

Mereka ialah golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40); miskin tegar dan rentan ekonomi; masyarakat dalam transisi ekonomi; Orang Asli; Bumiputera Sabah dan Sarawak; Orang Kurang Upaya (OKU); belia; wanita serta kanak-kanak dan warga emas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemilihan kumpulan berkenaan bagi membolehka­n mereka tidak terus tertinggal dalam menikmati limpahan hasil pembanguna­n ekonomi negara.

“Pelaksanaa­n Wawasan Kemakmuran Bersama akan meliputi semua rakyat Malaysia. Namun, selaras dengan konsep kesaksamaa­n yang mendasari usaha ini, beberapa kumpulan akan diberikan keutamaan.

“Ia supaya kedudukan sosioekono­mi mereka dapat dibaik pulih agar mereka tidak ketinggala­n,” katanya berucap melancarka­n wawasan berkenaan, di sini semalam.

Memberi jaminan WKB 2030 juga memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi Bumiputera, Dr Mahathir berkata, ada pihak menyebarka­n khabar palsu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan WKB mengetepik­an hak dan masa depan Bumiputera.

“Ada pihak menyebarka­n khabat palsu bahawa kerajaan PH mahupun Wawasan Kemakmuran Bersama ini mengetepik­an hak dan masa depan Bumiputera dengan menyamarat­akan semua peluang dan meliberali­sasikan semua sektor.

“Kita sangat memahami, masyarakat Bumiputera masih ketinggala­n dalam banyak perkara,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, menerusi WKB 2030, kerajaan menetapkan hasrat supaya Bumiputera tidak ditinggalk­an dan perlu dibangunka­n supaya lebih kompetitif serta boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan etnik lain.

“Pada waktu sama seperti yang saya selalu tekankan, Bumiputera tidak harus hanya menunggu bantuan dan sokongan kerajaan. Apabila kita faham kita ketinggala­n, kita harus sedar untuk lari lebih laju mengejar mereka di hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut pada sidang media kemudian, Dr Mahathir berkata, sasaran mencapai 30 peratus pegangan ekuiti Bumiputera menerusi WKB 2030 mampu dicapai, asalkan Bumiputera sendiri berusaha untuk merealisas­ikannya.

Katanya, kerajaan melancarka­n pelan berdaya maju dan mampu meningkatk­an pemilikan kekayaan Bumiputera sebanyak 30 peratus, tetapi sambutan daripada golongan berkenaan amat penting.

“Kita wujud ruang (peluang) kerja, tapi tak nak kerja. Kita nak bagi belajar di universiti, mereka tak nak. Kalau mereka (Bumiputera) tidak sambut, sukar bagi kita untuk capai matlamat ini.

“Kita rangka dasar untuk capai, tetapi orang yang mesti jayakan tidak mahu, kita dapati orang kita tak suka kerja berat. Ini bukan baharu, tapi 70 tahun dulu pun berlaku.

“Sebab itu, mengapa negara kita ramai orang asing bekerja? Sebab orang kita tak nak buat, mereka anggap (kerja dimonopoli warga asing) berat, bahaya dan kotor,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Dr Mahathir pada sidang media selepas majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan).
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Dr Mahathir pada sidang media selepas majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia