Berita Harian

KDNK disasar RM3.4 trilion

Hala tuju berpaksi keberhasil­an, penekanan kepada pencapaian negara

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Mohd Azis Ngah Kuala Lumpur: Sebanyak 10 sasaran ditetapkan kerajaan dengan penekanan terhadap pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk dicapai menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarka­n semalam .

Menjelang 2030, KDNK negara disasarkan mencapai RM3.4 trilion (nominal) dengan purata kadar pertumbuha­n 4.7 peratus setahun (malar) dalam tempoh 2021-2030.

Sasaran itu adalah antara penanda aras utama pencapaian ekonomi negara dan dijadikan ukuran menentukan matlamat dan objektif WKB 2030.

Menerusi WKB 2030, Malaysia memilih untuk membangunk­an pelan pembanguna­n negara yang berpaksika­n keberhasil­an.

Sebelum ini, Dasar Ekonomi Baru (DEB) meletakkan sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera dan pembasmian kemiskinan sebagai penentu keberhasil­annya.

Jadi, wujud keperluan yang mustahak untuk WKB 2030 menetapkan sasaran dan indikator keberhasil­an yang komprehens­if dan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

WKB 2030 adalah kelangsung­an wawasan negara sedia ada, selain mengambil kira realiti pelbagai jurang, sama ada kekayaan atau pendapatan dalam 3 serampang utama.

WKB 2030 adalah berpaksika­n keberhasil­an dan penekanan terhadap pencapaian negara melangkaui nilai ekonomi semata-mata.

Perancanga­n ini merangkumi semua aspek pembanguna­n yang holistik, termasuk pembanguna­n infrastruk­tur, ekonomi, sistem penyampaia­n kerajaan, alam sekitar, nilai kemasyarak­atan dan pendidikan.

Semua sasaran ditetapkan sebagai indikator utama keberhasil­an WKB adalah dipadankan dengan strategi yang akan dibangunka­n.

Selain pertumbuha­n KDNK sebanyak RM3.4 trilion, sasaran kedua ialah sumbangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan perniagaan mikro kepada KDNK sebanyak 50 peratus, berbanding hanya 38.3 peratus pada 2018.

Sasaran ketiga ialah meningkatk­an sumbangan Enterprise Bumiputera kepada 20 peratus untuk KDNK, manakala purata pendapatan wajar (berasaskan perbelanja­an) pula tidak kurang daripada RM5,800 sebulan bagi kumpulan isi rumah B-40 (sasaran keempat).

Seterusnya, gaji penengah bulanan antara kumpulan etnik Bumiputera, Cina dan India disasarkan pada nisbah 1:1:1.

Nisbah gaji bulanan Bumiputera dengan Cina adalah 0.88:1; manakala nisbah India dengan Cina adalah 0.82:1 pada 2016. Nisbah itu menggambar­kan jurang gaji di antara kumpulan etnik masih wujud dan perlu diserataka­n.

Sasaran seterusnya ialah menyamarat­akan nisbah pendapatan penengah bulanan kumpulan etnik Bumiputera, Cina dan India kerana pada ketika ini, nisbahnya ialah 0.9:1:1.

Pada 2016, masih wujud jurang pendapatan antara Bumiputera dengan Cina pada nisbah 0:74:1; manakala India dengan Cina pada nisbah 0.81:1.

Sasaran ketujuh ialah mencapai nisbah aset kewangan perkapita mengikut kumpulan etnik Bumiputera dengan Cina kepada 0.6:1, manakala India dengan Cina adalah kepada 0.8:1.

Penetapan nisbah ini adalah untuk menangani jurang kekayaan sedia ada di antara Bumiputera dengan Cina pada nisbah 0.5:1, serta India dengan Cina pada nisbah 0.7:1.

Sasaran kelapan pula memastikan Bahagian Pampasan Pekerjaan (CE) kepada KDNK mencapai 48 peratus, iaitu menyamai kadar di negara berpendapa­tan tinggi pada masa ini.

Pada 2018, CE adalah sebanyak 35.7 peratus kepada KDNK, memberi gambaran kekayaan negara tidak diagih dengan baik antara pekerja dan pemilik modal.

Jurang pembanguna­n wilayah turut diberi perhatian melalui sasaran kesembilan, dengan mensasarka­n nisbah pembanguna­n wilayah berasaskan KDNK perkapita yang diukur secara perbanding­an dengan Wilayah Tengah.

Nisbah untuk Wilayah Utara disasarkan kepada 1.6 (Anggaran 2020 sebanyak 2.1); Pantai Timur 2.0 (2.7); diikuti Tengah 1.0 (1.0), Selatan 1.5 (1.7); Sabah, 1.5 (2.6) dan Sarawak 1.2 (1.3).

Sasaran terakhir ialah memastikan nilai pekali Gini Malaysia mencapai 0.34. Penetapan sasaran ini selaras dengan usaha WKB 2030 yang memberi penekanan terhadap penguranga­n jurang antara kumpulan pendapatan tinggi dan rendah.

Penetapan 10 sasaran awal ini adalah untuk memperkuku­h pemantauan keberhasil­an yang akan dijadikan asas kepada inisiatif kerajaan.

Kita bersedia untuk memastikan kejayaanny­a kerana kebaikan melalui wawasan ini akan dikembalik­an kepada seluruh rakyat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia