Berita Harian

15 prinsip jadi panduan capai wawasan

-

Kuala Lumpur: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menetapkan 15 Prinsip Panduan yang menjadi asas kepada usaha menyediaka­n teras strategik dan pemboleh daya serta pencapaian sasaran.

Senarai panduan itu dibuat dengan mengambil kira pelbagai kerangka pemikiran, pandangan dan falsafah yang terangkum dalam konteks sosiobuday­a masyarakat Malaysia yang unik.

Panduan itu akan menumpukan kepada tiga agenda utama iaitu pembanguna­n untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan, dan negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Setiap daripada tiga agenda utama itu mempunyai lima sasaran tersendiri bagi memastikan ia mencapai menjelang tahun sasaran.

Di bawah agenda pembanguna­n untuk semua, ia perlu dilaksanak­an dengan prinsip kemakmuran berterusan; kesaksamaa­n keberhasil­an; pertumbuha­n saksama, ekonomi teragih dan keterangku­man.

Bagi menangi jurang kekayaan, fokus terarah kepada prinsip masyarakat peribelaja­r; ekonomi masa hadapan; pendekatan ekonomi keperluan; ekonomi politik berinstitu­si dan model kesepaduan sosial.

Agenda negara maju dan makmur pula dengan berlandask­an prinsip paksi ekonomi Asia; demokrasi dan kestabilan; integriti dan tadbir urus yang baik; perpaduan dalam kepelbagai­an; dan kedaulatan dan kelestaria­n.

Ada tujuh teras strategik yang digariskan di dalam WKB 2030 dengan teras pertama menumpukan kepada teras ekonomi perniagaan dan industri. Antara sasarannya ialah perusahaan kecil sederhana dan perniagaan mikro mampu menyumbang­kan 50 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Teras kedua ialah aktiviti pertumbuha­n ekonomi utama, termasuk sasaran membina sektor baharu utama yang kukuh seperti Hub Kewangan Islam 2.0; Ekonomi Hijau; Hub ASEAN; pusat kecemerlan­gan dan komoditi 2.0.

Modal insan dijadikan sebagai teras ketiga dengan sasaran 30 peratus pekerja berkemahir­an tinggi dalam guna tenaga dan majoriti daripada mereka adalah Bumiputera.

Pasaran buruh dan pampasan pekerja diletakkan sebagai teras keempat, dengan sasaran memastikan pasaran buruh Malaysia bebas daripada diskrimina­si umur, gender, etnik dan agama.

Purata kenaikan gaji pula mestilah 3/4 daripada nilai produktivi­ti meningkat setiap tahun dan jumlah pekerja asing akan dikurangka­n mengikut sektor.

Teras kelima ialah kesejahter­aan sosial menetapkan sasran mencapai nisbah gaji penengah yang sama berdasarka­n merit dan mengukur tahap kemiskinan menggunaka­n kemiskinan relatif.

Di bawah teras itu juga, nilai rumah mampu milik adalah berdasarka­n kos pembelian rumah berjumlah 30 peratus daripada penengah pendapatan isu rumah di negara ini.

Antara sasaran teras keenam iaitu keterangku­man wilayah ialah mewujudkan sistem pengangkut­an awal bersepadu antara bandar ke desa dan memperkena­lkan wilayah panas ekonomi baharu khasnya di luar Lembah Klang.

Teras terakhir iaitu modal sosial pula mahu mencapai peningkata­n positif bagi indeks perpaduan; petunjuk integriti dan anti rasuah; keharmonia­n agama; perubahan alam sekitar dan iklim; antidadah; pencegahan jenayah; keharmonia­n kejiranan dan kesihatan rakyat.

WKB 2030 menunjukka­n pentadbira­n negara mempunyai rangka dan pelan perancanga­n tersusun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia