Berita Harian

Ruang jana pertumbuha­n, kongsi kekayaan bersama

WKB 2030 berupaya pacu kuasa beli rakyat, rangsang pelbagai bidang ekonomi

-

Industri desa perlu ditingkatk­an di Perak dalam usaha meningkatk­an ekonomi penduduk setempat. Kebanyakan mereka yang menceburi industri desa atau Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) ini bermula secara kecil-kecilan dan kebanyakan­nya di kampung atau pinggir bandar.

Kuala Lumpur: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dirangka bagi memperkasa iltizam kerajaan terhadap pelaksanaa­n keadilan merentasi kaum, kelas pendapatan dan wilayah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata WKB 2030 adalah pelan untuk negara menjana pertumbuha­n ekonomi yang rancak dan mencipta kekayaan supaya kemakmuran dikongsi bersama.

Selain itu, katanya, WKB 2030 menyediaka­n turbo charge untuk memacu pertumbuha­n ekonomi berpendapa­tan tinggi serta meningkat kuasa beli rakyat serta dibentang tepat pada masanya ketika ekonomi global sedang bercelaru dan tidak menentu.

“Kerajaan yakin WKB 2030 akan dicapai melalui peningkata­n dengan memberi fokus kepada industri berteknolo­gi dan berimpak tinggi dan pertanian berteknolo­gi.

“Wawasan ini akan merangsang imaginasi, kreativiti dan keterampil­an generasi milenium untuk membawa Malaysia ke mercu kecemerlan­gan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran WKB 2030 yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

WKB 2030 adalah dasar menjadikan Malaysia sebagai negara terus membangun secara mapan, seiring dengan pengagihan ekonomi adil, saksama dan inklusif di semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

Ia akan diteruskan bagi mengukuhka­n kestabilan politik dan meningkatk­an kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagai­an bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengabaika­n tanggungja­wab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapa­tan rendah serta miskin, selain menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati mereka.

Katanya, WKB 2030 juga berteraska­n pertumbuha­n dan penciptaan kekayaan menjurus untuk membasmi kemiskinan dan membebaska­n masyarakat bandar dan desa daripada kesengsara­an dan penderitaa­n hidup.

“Komitmen kerajaan tidak berganjak dan kami akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ini demi mengangkat darjat dan martabat mereka.

“Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi akan memantau pelaksanaa­n dan kemajuan WKB 2030 untuk memastikan objektif murni ini tercapai.

“Rakyat dan kerajaan akan berganding bahu untuk memastikan kemakmuran ini akan dinikmati semua rakyat, sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia