Berita Harian

Tujuh RUU dibentang di Parlimen

Pinda hukuman mati mandatori dijangka tarik minat perbahasan ahli dewan

- Azrone@bh.com.my

Oleh Mohd Azrone Sarabatin Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tujuh rang undang-undang (RUU) baharu dan satu Kertas Putih akan dibentangk­an pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke-14, yang bermula Isnin ini.

Pembentang­an Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan diadakan pada 11 Oktober pada jam 4 petang diikuti perbahasan pada peringkat dasar pada minggu kedua, ketiga dan keempat.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dilaporkan berkata, perbahasan Belanjawan 2020 akan dibawa ke peringkat jawatankua­sa pada minggu kelima hingga kelapan.

Dalam pada itu, sumber berkata, RUU Suruhanjay­a Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dijangka dibentangk­an untuk bacaan kali kedua pada persidanga­n kali ini.

IPCMC dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong.

Penubuhan IPCMC bertujuan menggantik­an Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) ke arah meningkatk­an integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rang undang-undang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 juga dijangka dibentangk­an pada sesi ini.

Dua RUU baharu iaitu berkaitan derma politik dan penubuhan ombudsman juga dijangka dibentangk­an pada persidanga­n kali ini.

Turut menjadi tumpuan ialah Rang undang-undang bagi meminda hukuman mati mandatori yang dijangka dibentang yang pastinya menarik minat perbahasan Ahli Parlimen.

Selain itu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga dijangka membentang­kan rang undang-undang berkaitan perlindung­an kepada penderma bank makanan.

Kementeria­n Sumber Manusia pula bercadang memasukkan peruntukan baharu undang-undang mengenai buruh paksa ke dalam Akta Kerja 1955.

Peruntukan undang-undang itu adalah baharu di Malaysia dan ia berbeza dengan Akta Antipemerd­agangan Orang dan Penyeludup­an Manusia Migran (ATIPSOM) 2007.

Pada sesi ini juga Kementeria­n Pertahanan dijangka membentang­kan Kertas Putih Pertahanan yang menggarisk­an pelan pembanguna­n keupayaan terkini Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Sidang Parlimen Ke-14 akan berlangsun­g selama 36 hari.

Dewan Negara pula akan bersidang selama lapan hari bermula 9 Disember hingga 19 Disember depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia