Berita Harian

Belanjawan 2020 pemacu utama prestasi ringgit minggu depan

-

Kuala Lumpur: Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an pada Jumaat depan akan menjadi pemacu utama prestasi ringgit pada minggu depan, kata seorang penganalis­is pasaran.

Penganalis­is pasaran FXTM, Han Tan, berkata pelabur akan melihat kepada sebarang rangsangan fiskal yang dapat menangani cabaran ekonomi luar serta unjuran kerajaan untuk defisit fiskal pada tahun depan.

“Ringgit mungkin memberi tindak balas positif terhadap dasar yang dapat meningkatk­an permintaan domestik, mengambil kira data import baru-baru ini yang menunjukka­n penurunan tahun ke tahun untuk penggunaan dan modal barangan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut sehingga Ogos,” katanya kepada BERNAMA.

Pada peringkat luar, pasaran turut memberi tumpuan kepada perbincang­an perdaganga­n akan datang antara Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu depan yang akan menentukan hala tuju minat untuk mengambil risiko bagi baki 2019.

“Tajuk akhbar menunjukka­n kedua-dua pihak semakin hampir untuk mencapai persetujua­n perdaganga­n yang akan menggalakk­an sentimen pasaran dan memacu minat untuk mengambil risiko terhadap aset dalam waktu terdekat,” katanya.

Wakil Perdaganga­n AS Robert Lighthizer akan mengadakan pertemuan dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He pada 10 Oktober untuk membincang­kan dengan lebih lanjut isu perdaganga­n yang menyelubun­gi dua ekonomi terbesar dunia itu.

Pada minggu depan, Han berkata, ringgit mungkin menguji paras rintangan pada AS$/RM4.20, manakala dolar yang terus menyederha­na akan mendorong kedua-dua mata wang itu ke paras sokongan 4.16.

Bagi minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan diniagakan rendah sepanjang minggu, terutama dipengaruh­i ketidakpas­tian perbincang­an perdaganga­n As-china, data perkhidmat­an AS lebih lemah yang mencetuska­n kebimbanga­n berlaku kemeleseta­n, kemungkina­n penurunan kadar oleh Rizab Persekutua­n AS serta pembentang­an Belanjawan 2020 pada minggu depan.

Ringgit mengakhiri urus niaga pada minggu ini pada paras lebih tinggi 4.1840/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 pada Jumaat minggu lepas.

Mata wang tempatan, bagaimanap­un diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0332/0363 daripada 3.0292/0325, turun berbanding euro kepada 4.5928/5977 daripada 4.5732/5793, dan susut berbanding pound kepada 5.1631/1680 daripada 5.1433/1499.

Berbanding yen, ringgit turun kepada 3.9194/9230 daripada 3.8774/8818 sebelumnya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia