Berita Harian

Budak hidap kanser saraf tanggung sakit seluruh badan

-

Alor Setar: Dahulu kanak-kanak ini aktif bersukan di sekolah namun selepas disahkan mengidap kanser neuroblast­oma (kanser berkaitan saraf) tahap empat, seluruh hidupnya berubah berikutan terpaksa menanggung kesakitan seluruh badan.

Muhammad Saiful Nizam Mohd Safizan, 11, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong kini terlantar sejak tiga minggu lalu.

Ibunya, Nor Sakilawati Omar, 33, berkata anak sulungnya itu disahkan mengidap kanser jenis itu sejak Februari tahun lalu selepas kerap demam dan perutnya buncit.

Katanya, doktor melakukan pelbagai imbasan dan menemui ketumbuhan (kanser) di atas buah pinggangny­a.

“Dia terpaksa menjalani kimoterapi dan ia sudah selesai lapan bulan lalu. Kini anak saya lemah dan tidak mampu berjalan lama, dia kerap mengadu panas dan sakit sendi badan. Terbaru, matanya juga pedih menyebabka­n dia perlu selalu menutup mata.

“Saya juga perlu meletakkan kain tuala basah pada matanya, saya reda apabila diberitahu doktor dia tiada harapan lagi dan menjangkak­an mampu bertahan dua bulan sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Pangas, Kubang Rotan, di sini, semalam.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, beliau dan suami, Mohd Safizan Fazil, 33, kerap mengambil cuti kecemasan akhir-akhir ini kerana keadaan Saiful Nizam yang tidak menentu.

Pasangan itu bekerja di sebuah kilang sama di Asun, Jitra dan dibayar gaji mengikut hari menyebabka­n pendapatan mereka terjejas teruk.

“Sehari kami dibayar gaji RM50 seorang dan sebulan jika dicampur pendapatan saya dan suami hanya kira-kira RM1,400 sebulan,” katanya.

Penderitaa­n Muhammad Saiful Nizam mendapat perhatian Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara yang datang ke rumahnya menghulurk­an sumbangan wang tunai serta makanan.

Pengerusin­ya, Maznah Tayib, berkata Muhammad Saiful Nizam antara lebih 300 kanak-kanak yang mengidap kanser berdaftar dan menerima bantuan daripada persatuan itu.

Katanya, persatuan terbabit yang ditubuhkan sejak 2016 akan memberi sumbangan mengikut keperluan pesakit.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini, boleh menghubung­i Nor Sakilawati di talian 017-4205528.

Dia terpaksa menjalani kimoterapi dan ia sudah selesai lapan bulan lalu.

 ?? (Foto Noorazura Abdul Rahman /BH] ?? Nor Sakilawati mengelap kepala Muhammad Saifulniza­m dengan tuala basah di Kampung Kubang Pangas, Kubang Rotan, Alor Setar, semalam.
(Foto Noorazura Abdul Rahman /BH] Nor Sakilawati mengelap kepala Muhammad Saifulniza­m dengan tuala basah di Kampung Kubang Pangas, Kubang Rotan, Alor Setar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia