Berita Harian

Tangani kebocoran subsidi secara strategik

-

Menguruska­n subsidi memang rumit dan kompleks. Di satu pihak, benar apa dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pemberian terlalu banyak subsidi boleh menjadikan rakyat Malaysia malas dan merebaknya mentaliti subsidi yang akan menyebabka­n golongan ini kurang berdaya saing.

Di satu sisi lain pula, subsidi akan membebanka­n kewangan kerajaan. Untuk menguruska­n hal ehwal subsidi ini, kementeria­n terbabit perlu melantik sekumpulan kakitangan untuk memikir dan merancang mekanisme pelaksanaa­nnya.

Ia bukan sahaja membabitka­n antara jabatan dalam sesuatu kementeria­n, tetapi selalunya antara kementeria­n.

Subsidi kerajaan dilaksanak­an untuk mencapai beberapa tujuan strategik. Subsidi tidak semestinya dalam bentuk tunai atau barangan kepada rakyat. Ada subsidi baja yang disasarkan untuk petani. Ada subsidi diesel untuk nelayan.

Ada Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam bentuk tunai terus kepada golongan B40. Ada juga subsidi dalam bentuk kawalan harga seperti harga petrol dan gas petroleum cecair (LPG). Tanpa subsidi, harga petrol akan lebih tinggi mengikut harga apungan pasaran terbuka.

Ada subsidi diberi terus kepada penerima disasarkan. Ada juga subsidi diberi kepada pengeluar dan pemain industri untuk memastikan harga barangan terbabit, terkawal dan terjangkau oleh rakyat.

Secara keseluruha­n, subsidi itu bertujuan meringanka­n beban rakyat dan yang terpenting, inilah kaedah yang paling sesuai dalam pengagihan kekayaan secara saksama.

Namun, tidak semua rakyat menghargai subsidi diberikan. Walaupun mungkin ia tidak sebesar mana, subsidi tetap subsidi. Yang lebih malang apabila subsidi disalahgun­akan. Sebagai contoh, subsidi diesel kepada nelayan dan subsidi baja kepada petani.

Subsidi yang menelan belanja berbilion ringgit setahun itu tidak membuahkan hasil tanaman dan tangkapan ikan diharapkan. Malah, ada nelayan dan petani yang ditangkap kerana menjual diesel kepada nelayan asing dan ada petani yang menjual baja kepada tauke.

Kenapa? Pastinya untuk cepat mendapat keuntungan dan malas nak berusaha di laut atau di bendang.

Satu lagi masalah besar dihadapi kerajaan ialah subsidi tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan disasarkan. Dilema ini berlaku sejak dahulu.

Ini juga mungkin menjadi penyebab kepada merebaknya mentaliti seolah-olah subsidi itu hak rakyat dan rakyat berasakan hak itu kekal selamanya biarpun kerajaan menghadapi gawat fiskal yang akut, terutama selepas menggunung­nya hutang negara akibat skandal kewangan seperti 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Dalam kes subsidi petrol RON95, berdasarka­n harga minyak mentah sedunia dan sistem apungan Mekanisme Harga Automatik (APM), sepatutnya harga petrol RON95 di pam adalah sekitar RM2.38 seliter berbanding dengan harga runcit bersubsidi sekitar RM2.08. Bermakna kerajaan memberi subsidi 30 sen setiap liter petrol RON95.

Jumlah penggunaan petrol RON95 negara dilaporkan sekitar 14.4 bilion liter setahun. Bermakna jumlah subsidi ditanggung kerajaan untuk petrol RON95 sahaja sebesar RM4.32 bilion setahun. Tetapi persoalann­ya, apakah subsidi itu benar-benar sampai dan dinikmati rakyat Malaysia yang disasarkan?

Kita ambil contoh golongan berpendapa­tan rendah atau yang diistilahk­an sebagai B40. Berapa ramai memiliki kereta dan motosikal? Mungkin lebih banyak yang memiliki motosikal. Kalau pun mempunyai kereta, majoritiny­a jenis kompak yang kapasitiny­a di bawah 1.5 liter.

Berapa besarlah tangki motosikal dan tangki kereta kompak itu? Justeru, berapa banyakkah petrol RON95 yang digunakan golongan B40 setiap kali mengisi penuh tangki kereta mereka? Mungkin 35 liter?

Kita andaikan 30 liter untuk mudahkan pengiraan. Sekali isi penuh, golongan B40 mengeluark­an daripada dompetnya RM62.04. Katakan mereka isi satu tangki penuh seminggu untuk pergi balik kerja dan jalan-jalan bersama keluarga di hujung minggu. Bermakna sebulan mereka belanjakan RM249.60 untuk petrol RON95. Dan dari RM249.60, kerajaan membayar subsidi RM36 sebulan untuk penggunaan petrol RON95 golongan ini.

Bayangkan pula senario kedua. Golongan kaya yang selalunya memiliki kereta mewah 1.8 liter ke atas dan kalau ada motosikal pun, motosikal itu kebanyakan­nya berkuasa tinggi. Biasanya orang kaya itu memiliki lebih daripada sebuah kenderaan.

Nah! Cuba hitung berapakah penggunaan petrol mereka jika turut menggunaka­n petrol RON95?

Tangki sebuah kereta mewah biasanya paling kurang 70 liter. Ada yang lebih besar daripada itu. Namun, untuk mudahkan perbanding­an, kita guna 70 liter. Setiap kali tangki kereta mewah diisi penuh, orang kaya ini berbelanja sekitar RM145.60. Kita gunakan formula sama, iaitu orang kaya isi empat kali seminggu. Orang kaya ini menggunaka­n 280 liter sebulan atau RM582.40 sebulan.

Bermakna orang kaya ini menggunaka­n subsidi RON95 daripada kerajaan sebanyak RM84. Itu satu kereta. Kalau dua atau lebih, gandakan sahaja subsidi kerajaan yang dinikmati golongan kaya itu?

Jadi, siapa sebenarnya yang lebih menikmati subsidi RON95? Rakyat B40 menggunaka­n subsidi RON95 dengan kos RM36 sebulan, sedangkan orang kaya menggunaka­n subsidi lebih dua kali ganda pada kadar RM84.

Itu belum lagi dihitung orang asing yang datang melawat Malaysia atau yang tinggal di negara kita. Pelawat dan pelancong dari Singapura dan Thailand ramai membanjiri negara kita sama ada melancong, melawat saudara-mara dan tidak kurang pula yang berbelanja barang keperluan mengambil kesempatan daripada nilai mata wang mereka yang tinggi.

Pendapatan sektor pelanconga­n memang bagus, tetapi pada masa sama, mereka juga membeli barang yang sebahagian­nya bersubsidi. Itu bermakna mereka mengambil ‘wang’ diperuntuk­kan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk subsidi.

Petrol RON95 satu daripadany­a. Kenderaan orang Thailand yang biasanya jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) dan pacuan empat roda (4WD), serta pelawat Singapura selalunya berkereta mewah. Tentunya mereka turut menikmati harga RON95 yang bersubsidi.

Menurut Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), jumlah kenderaan keluar masuk Johor adalah pada kadar 400,000 sebulan. Bayangkan berapa banyak subsidi petrol RON95 dinikmati rakyat Singapura? Apa pula rakyat Thailand dan warga negara asing yang tinggal dan mencari makan di negara kita?

Inilah satu faktor kebocoran dalam pemberian dan penggunaan subsidi kerajaan melalui barangan harga subsidi. Belum lagi kebocoran disebabkan penyeludup­an barangan subsidi merentasi sempadan.

Kerajaan harus berfikir secara strategik dan bijak dalam pelaksanaa­n subsidi, terutama dalam bentuk pengawalan harga barang terkawal seperti beras, tepung, minyak masak dan petrol RON95, supaya subsidi itu benar-benar sampai kepada golongan sasar dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada masa sama, fiskal kerajaan tidak terjejas teruk.

Bagaimana? Ikutilah tulisan saya seterusnya.

Pemberian subsidi petrol RON95

 ?? (Foto hiasan) ?? berpendapa­tan rendah (B40). perlu benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, terutama golongan
(Foto hiasan) berpendapa­tan rendah (B40). perlu benar-benar sampai kepada kumpulan sasar, terutama golongan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia