Berita Harian

Konspirasi bersihkan Najib dalam isu 1MDB?

- Penulis adalah Pengarang Eksekutif Komersial & Hal Ehwal Semasa Berita Harian

Satu demi satu kejutan berlaku dalam perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaru, saksi pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mendedahka­n di mahkamah wujud konspirasi peringkat tertinggi membabitka­n seseorang daripada Pejabat Perdana Menteri atau PMO.

Bukan sahaja PMO, malah membabitka­n bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Arifin, serta seorang ahlinya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

Ia juga membabitka­n ahli perniagaan dikehendak­i polis, Low Taek Jho atau Jho Low, individu amat rapat dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Seorang lagi daripada PMO, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, bertanggun­gjawab mengendali­kan urusan penjenamaa­n dan membina imej Najib, selain beberapa ahli PAC dari Barisan Nasional (BN) yang tidak dinyatakan nama mereka.

Mereka dinamakan Shahrol Azral sebagai watak utama konspirasi berhubung siasatan oleh PAC terhadap 1MDB pada 2010 dan 2015. Untuk rekod, Hassan dipilih sebagai Pengerusi PAC pada 2015.

Konspirasi pertama ialah arahan supaya Shahrol Azral ke luar negara sebagai helah tidak perlu hadir pada sesi pertama siasatan kedua pada 2015.

Beliau memberitah­u Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Presiden dan CEO 1MDB ketika itu, Arul Kanda Kandasamy, menerima panggilan telefon daripada seseorang di PMO yang memintanya ke luar negara pada tarikh sepatutnya mereka menghadiri sesi bersama PAC.

“Ya, saya ke Singapura hari itu,” jawab beliau ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada perbicaraa­n Rabu lalu.

Konspirasi kedua membabitka­n Hassan, Abdul Rahman dan Ahmad Farid. Mereka dikatakan memberikan arahan supaya Shahrol Azral ke rumah Ahmad Farid untuk memaklumka­n soalan yang akan ditanya PAC ketika proses siasatan. Turut dimaklumka­n kepada Shahrol Azral ialah apa akan ditulis dalam laporan yang bakal dibentangk­an PAC kemudian.

Jho Low pula terbabit menyediaka­n nota maklumat mengenai apa yang perlu dijawab Shahrol Azral kepada PAC. Dua perkara perlu dinyatakan ialah meminimumk­an pembabitan Najib dan Jho Low dalam proses membuat keputusan mengenai 1MDB dan anak syarikatny­a, SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC), serta semua dakwaan berhubung isu 1MDB pula adalah serangan politik terhadap Najib.

Kita tidak pasti dakwaan saksi kesembilan pendakwaan itu benar atau sebaliknya. Ia mungkin disangkal Najib, pasukan peguam bela beliau serta nama-nama disebut Sharol Azral.

Namun, Abdul Rahman menerusi Facebook dari Makkah petang Khamis waktu Malaysia menyatakan sebaliknya:

“Sekiranya benar saksi dilatih atau wujudnya pakatan, kenapakah anggota PAC (daripada BN dan pembangkan­g) sebulat suara bersetuju meletakkan tanggungja­wab kelemahan pengurusan 1MDB, di atas bahu pihak pengurusan syarikat yang mana Shahrol Azral sebahagian daripadany­a?

“Kes ini masih berlangsun­g di mahkamah dan kita harus menunggu soalan balas terhadap saksi, sebelum membuat kesimpulan,” tulis beliau.

Kita biarkan dahulu dakwaan konspirasi ini. Biar mahkamah menentukan­nya. Mungkin ada lebih banyak kejutan dan pendedahan selepas ini.

Ada banyak lagi pendakwaan membabitka­n Najib. Yang jelas, ia mendedahka­n pelbagai misteri menyelubun­gi skandal penyelewen­gan terbesar negara membabitka­n bekas Perdana Menteri. Buat sementara, sehingga mahkamah membuat keputusan, sama-sama kita tonton drama ‘blockbuste­r’ ini.

Kita beralih kepada perkara lain, tetapi masih berkait SRC. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumka­n kerajaan membayar RM1.73 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi pihak SRC.

Bayaran terkini adalah faedah sebanyak RM43.02 juta pada Selasa lalu. Ia sebahagian baki pembiayaan RM3.80 bilion yang akan berakhir 2022.

SRC meminjam RM4 bilion daripada KWAP, masing-masing RM2 bilion pada 26 Ogos 2011 dan 27 Mac 2012, yang dijamin sepenuhnya Kerajaan Persekutua­n.

Daripada RM4 bilion itu, RM3.6 bilion dipindahka­n melalui beberapa anak syarikat luar pesisir kepada beberapa entiti dan bank luar Malaysia.

Oleh kerana pembiayaan dijamin kerajaan terdahulu, menjadi tanggungja­wab kerajaan sekarang menyelesai­kannya bagi mengelak keingkaran pembayaran balik pinjaman.

Ini yang perlu ditanggung kerajaan sekarang yang diambil daripada kantung wang negara, angkara penyelewen­gan 1MDB yang membebanka­n rakyat. Bukan itu sahaja, kerajaan sekarang perlu berbelanja secara lebih berhemat bagi mengimbang­i belanja mengurus dan pembanguna­n.

Justeru, rakyat perlu sedar kekangan kerajaan sekarang. Jangan terpedaya dan terpengaru­h dengan dakyah palsu pelbagai pihak berkepenti­ngan politik kononnya kerajaan tidak mampu mengurus dan mentadbir negara.

Mujur rakyat memilih Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lalu. Skandal 1MDB berjaya dibongkar dan kini di mahkamah. Kita tunggu kesudahann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia