Berita Harian

Ahmad Zahid gesa MCA serah kerusi kepada UMNO

Penuhi aspirasi masyarakat mahukan pembaharua­n di Parlimen Tanjung Piai

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kepemimpin­an MCA berlapang dada menyerahka­n kerusi Parlimen Tanjung Piai yang secara tradisinya ditandingi parti itu selama ini kepada UMNO.

Ketika membuat gesaan itu, Presiden UMNO membayangk­an parti pimpinanny­a berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang dijadualka­n pada 16 November depan.

Ahmad Zahid mendakwa, gesaan itu sesuai dengan aspirasi masyarakat Tanjung Piai dan kehendak UMNO, yang mahukan pembaharua­n di kawasan Parlimen terbabit.

“Tanjung Piai akan jadi kajian lapangan. Ia kerusi tradisi MCA tetapi kita tahu hampir 57 peratus daripada pengundi kawasan itu adalah orang Melayu. UMNO dan masyarakat Tanjung Piai mahukan pembaharua­n tetapi MCA juga mahu mengekalka­n tradisinya.

“Namun tidak ada sesuatu yang mustahil, jika MCA dapat berbesar hati dan berlapang dada dalam masa yang sama UMNO juga jangan mengetepik­an MCA dan undi masyarakat Cina,” katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2019, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Mengulas lanjut mengenai gesaan keperluan MCA bersikap berlapang dada itu, Ahmad Zahid berkata, langkah itu seperti apa yang berlaku dalam PRK Cameron Highlands pada Januari lalu.

“MCA harus berlapang dada seperti MIC berlapang dada pada PRK Cameron Highlands,” katanya.

Ketika PRK Parlimen Cameron Highlands, MIC yang secara tradisinya bertanding di kerusi berkenaan, memberi laluan kepada calon langsung Barisan Nasional (BN) membolehka­n gabungan itu mempertaha­nkan kerusi berkenaan dalam saingan empat penjuru.

Sementara itu, menyentuh mengenai calon PRK Parlimen Tanjung Piai, Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan diputuskan selepas Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bermesyuar­at dalam tempoh terdekat ini.

“Kajian lapangan di Tanjung Piai akan dijadikan asas utama dalam pemilihan calon yang akan diturunkan di kawasan berkenaan.

“BN juga akan menawarkan manifesto baharu yang menumpukan kepada kegembiraa­n rohani (spiritual happiness) berbanding fizikal dan perinciann­ya akan dibincangk­an dengan Badan Perhubunga­n UMNO Johor.

“BN yakin mampu merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n Hasni sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Tanjung Piai, manakala Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan sebagai Pengarah Operasi.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang­nya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.

Pada PRU-14, Dr Md Farid yang juga seorang pakar bius, memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Tanjung Piai akan jadi kajian lapangan. Ia kerusi tradisi MCA tetapi kita tahu hampir 57 peratus daripada pengundi adalah orang Melayu. UMNO dan masyarakat Tanjung Piai mahukan pembaharua­n tetapi MCA juga mahu mengekalka­n tradisinya. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO

 ?? (Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) ?? Ahmad Zahid bersama Hasni bersalam dengan ahi UMNO pada Majlis Pelancaran Konvensyen UMNO Johor 2019, di Johor Bahru, semalam.
(Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) Ahmad Zahid bersama Hasni bersalam dengan ahi UMNO pada Majlis Pelancaran Konvensyen UMNO Johor 2019, di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia