Berita Harian

Karnival Rasa Sayang meriah

Usaha KWAP dekati pesara, dedah persediaan menuju alam persaraan

- Aryani@bharian.com.my

Oleh Haryani Ngah Shah Alam: Inisiatif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) menganjurk­an Karnival Rasa Sayang (RSA) yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam, di pekarangan Stadium Shah Alam, dekat sini, mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Karnival ini adalah sebahagian usaha KWAP untuk mendekati persaraan secara holistik dengan mengetenga­hkan pelbagai gerai pameran terpilih merangkumi berbagai aspek persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman berkata, tujuan karnival ini diadakan adalah untuk merapatkan KWAP dengan pesara perkhidmat­an awam, khususnya dengan memberi tumpuan kepada kesejahter­aan hidup pesara di samping menggalakk­an persaraan aktif dan lebih produktif.

“Pelbagai aktiviti khas dikendalik­an untuk membantu orang ramai memahami kepentinga­n persediaan menuju alam persaraan dengan mudah,” katanya ketika ditemui selepas perasmian.

KRS dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan yang juga Pengerusi KWAP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

KRS kali ini adalah kali kedua dianjurkan selepas di Ipoh, Perak tahun lalu.

Penganjura­n tahun ini, KRS memperkena­lkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) bagi mengiktira­f pesara sektor awam yang memberi sumbangan selepas bersara.

Ikon Pesara tahun ini dianugerah­kan kepada Sariah Amirin, 75, berdasarka­n sumbangann­ya kepada individu yang mempunyai masalah disleksia. Beliau adalah Pengasas dan Presiden Persatuan Dysleksia Malaysia.

Turut diadakan Larian Rasa Sayang yang disertai 3,000 peserta.

“Sambutan yang diterima sangat baik dan saya mengucapka­n terima kasih di atas sokongan diberikan orang ramai,” katanya.

Antara aktiviti menarik diadakan pada KRS adalah ceramah motivasi oleh Datuk Fadzilah Kamsah, pemeriksaa­n kesihatan percuma, demonstras­i makanan sihat dan persembaha­n istimewa daripada Datuk Zainal Abidin dan Amy Search.

 ?? (Foto Sadam Yusoff/bh) ?? Ahmad Badri (belakang, tujuh dari kanan) dan Syed Hamadah (belakang, enam dari kanan) bergambar bersama penerima anugerah dan pengunjung pada Karnival Rasa Sayang di Shah Alam.
(Foto Sadam Yusoff/bh) Ahmad Badri (belakang, tujuh dari kanan) dan Syed Hamadah (belakang, enam dari kanan) bergambar bersama penerima anugerah dan pengunjung pada Karnival Rasa Sayang di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia