Berita Harian

Tradisi Banjar ‘bapukong’ tarik perhatian pengunjung

-

Bagan Serai: “Budak ni tak sakit ke?”

Demikian persoalan ditimbulka­n pengunjung selepas melihat dua bayi kecil ‘diikat’ dan didodoikan dalam program Karnival Keusahawan­an dan Kebudayaan Banjar di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, di sini semalam.

Pengunjung bukan daripada keturunan Banjar kebanyakan­nya hairan melihat tradisi ‘bapukong’ iaitu satu kaedah menidurkan bayi kecil.

Pengarah Program Karnival Keusahawan­an dan Kebudayaan Banjar, Azlan Che Lob, berkata adat itu adalah ‘amalan wajib’ masyarakat Banjar dalam menidurkan bayi mereka.

Katanya, kaedah itu terbukti berkesan dan jauh lebih baik berbanding buaian elektrik serta menjadikan bayi tidur lebih nyenyak.

“Biarpun kaedah ini kelihatan seperti mendera bayi, sebenarnya ia lebih selesa dan membuatkan mereka tidur lebih lama.

“Kain sarung atau kain batik digunakan sebagai buaian dan kain lampin atau tudung pula digunakan untuk lilitan pada leher bayi, manakala tali buaian serta kayu atau buluh berukuran 50 ke 70 sentimeter (cm) diperlukan untuk dijadikan cangkuk buaian,” katanya ketika ditemui.

Azlan berkata, selain adat bapukong, pihaknya juga menampilka­n adat istiadat pakaian tradisi serta adat persanding­an keturunan Banjar.

“Selain pakaian, antara keunikan yang ditampilka­n kali ini yang sudah pun dilupakan adalah adat makan dalam kelambu seperti lakonan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut.

“Adat ini pengantin perempuan diwajibkan mengasingk­an pelbagai barangan dapur seperti gula, garam, bawang, cili dan sebagainya yang dicampurka­n di dalam dulang yang kemudian dimasak dan dijamah bersama suami di dalam bilik tidur yang dilengkapi kelambu,” katanya.

Dalam program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Peladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari, itu, turut ditampilka­n peralatan lama kegunaan keturunan Banjar antaranya beduk atau ‘taluntong’ yang dibawa dari Indonesia dan berusia lebih 300 tahun.

Sementara itu, seorang peserta Bapukong, Nurul Amalina Abu Bakar, 27, dari Kampung Kedai Dua, Kuala Kurau, berkata rata-rata pengunjung luar yang melihat anaknya Nur Arisha Afeeya Mohd Suhaidi, berusia lima bulan ‘diikat’ menunjukka­n mimik muka seolah-olah terkejut.

Malah ada yang melahirkan rasa simpati dan menanyakan pelbagai soalan kepadanya.

“Ada yang tanya tak sakit ke, boleh nyenyak ke, darah jalan ke tak. Geli hati pun ada tapi selepas diterangka­n mengenai kaedah ini, barulah mereka faham,” katanya.

 ?? (Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) ?? Nurul Amalina menunjukka­n anaknya, Nur Arisha Afeeya tidur cara bapukong pada Karnival Keusahawan­an dan Kebudayaan Banjar di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, di Bagan Serai, semalam.
(Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) Nurul Amalina menunjukka­n anaknya, Nur Arisha Afeeya tidur cara bapukong pada Karnival Keusahawan­an dan Kebudayaan Banjar di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, di Bagan Serai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia