Berita Harian

Kereta lama jadi meja jual nasi lemak

Idea kreatif peniaga ubah suai Volvo 122 Amazon tarik minat pelanggan

- Farid_noh@bh.com.my

Oleh Mohamed Farid Noh Batu Pahat: Minat mendalam terhadap kereta Volvo 122 Amazon, mendorong seorang peniaga nasi lemak RM1 di pekan Senggarang, dekat sini, menjadikan­nya sebahagian daripada gerai jualannya.

Idea kreatif Mohsin Yusof, 39, yang gigih mengubah suai kereta Volvo itu dengan menjadikan bahagian depan kereta sebagai meja jualan nasi lemaknya bukan sahaja unik, malah berjaya menggamit tumpuan pelanggan.

Menariknya, bahagian enjin depan kereta Volvo berkenaan yang badannya dibalut dengan PVC bercorak kulit ular diubah suai sehingga mampu diletak meja jualan nasi lemak mudah alih.

Bahagian depan kereta berkenaan disambungk­an pula dengan motosikal Jaguh yang dibalut PVC corak sama, bagi membolehka­n isterinya, Nor Azlina Jaafar, 38, membonceng­nya ke tapak jualan yang terletak 700 meter dari rumah mereka.

Meja mudah alih boleh diletakkan di atas tempat duduk motosikal Jaguh sebagai tempat bagi bagi Nor Azlina menyediaka­n bungkusan nasi lemak baharu.

Video dan gambar isteri Mohsin, Nor Azlina Jaafar, 38, membonceng bahagian depan kereta Volvo berkenaan yang disambungk­an dengan motosikal Jaguh ke tapak jualan mereka di pekan Senggarang tular di media sosial sebelum ini.

Mohsin berkata, beliau menggunaka­n kereta Volvo 122 Amazon sebagai gimik perniagaan nasi lemaknya itu sejak setahun lalu selepas memotong dan mengubah suai kenderaan itu sendiri.

Katanya, beliau mengambil masa dua bulan untuk melakukan ubah suai terhadap kereta berkenaan dan menyambung­nya kepada motosikal Jaguh.

“Saya membeli kereta Volvo 122 Amazon dari kedai besi buruk dengan harga RM2,000 kerana terlalu minat kenderaan dari era 1960-an, selain mempunyai beberapa lagi kereta jenis sama sebagai koleksi, sama ada diberi rakan mahupun membeli secara online,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) ?? Idea jual nasi lemak atas kereta diubah suai Mohsin pernah tular di media sosial.
(Foto Mohd Azren Jamaludin/bh) Idea jual nasi lemak atas kereta diubah suai Mohsin pernah tular di media sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia