Berita Harian

KIICT2019 sedia pelbagai program, aktiviti menarik

Platform terbaik beri pendedahan, kesedaran mengenai perkembang­an ICT semasa

- Mohdaizat@bh.com.my

Apabila kita membuka penyertaan untuk program bengkel, dalam masa dua hari penyertaan sudah penuh dan kita masih menerima permohonan namun terpaksa ditolak disebabkan tempat terhad. Kita tidak menyangka menerima penyertaan yang tinggi kerana sebelum ini kebanyakan bengkel sebegini yang dianjurkan adalah secara berbayar namun untuk KIICT2019 ini, ia percuma.

Oleh Mohd Aizat Shamsuddin Kuala Terengganu: Karnival Inovasi ICT (KIICT) 2019 peringkat negeri Terengganu yang julung kali dianjurkan kerajaan negeri melalui Bahagian Pembanguna­n Teknologi Maklumat, menjadi platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai perkembang­an teknologi ICT semasa kepada rakyat negeri ini.

Karnival yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa dengan kerjasama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Terengganu Digital Hub (TD1303) menyediaka­n pelbagai program dan aktiviti yang boleh disertai pengunjung.

Dijangka lebih 10,000 pengunjung akan hadir memeriahka­n karnival ini yang berlangsun­g di TD1303 yang mana Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menyempurn­akan majlis penutupan pada Selasa selain kehadiran Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman.

Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Afnida Aini Alwi, berkata karnival itu menyasarka­n semua lapisan usia menjadikan pelbagai program dan aktiviti bersesuaia­n dengan peringkat umur.

Katanya, antara yang diadakan adalah pameran inovasi daripada agensi kerajaan dan swasta serta sekolah dan orang ramai juga diberi peluang untuk mengikuti bengkel, seminar dan ceramah yang akan disampaika­n oleh profesiona­l.

“Selain itu, turut diadakan aktiviti menarik seperti pertanding­an E-sport, pertanding­an Bayblade, demonstras­i robotik, cabaran sains, pengalaman Virtual Reality dan juga pertunjuka­n Portable Dome yang dibawa khas dari Pusat Sains dan Kreativiti negeri Terengganu,” katanya kepada BH.

Menerusi pameran inovasi, ia memberi peluang kepada agensi yang terbabit untuk mempamerka­n produk inovasi yang dihasilkan yang mana ada sebahagian­nya berjaya memenangi pelbagai anugerah pada peringkat jabatan, negeri dan antarabang­sa.

“Setiap agensi, ada yang mempunyai kumpulan inovatif dan kreatif (KIK), jadi setiap inovasi yang dihasilkan berkaitan dengan IT akan dipamerkan kali ini. kita tidak mahu setiap produk inovasi yang dihasilkan hanya untuk menyertai pertanding­an sebaliknya boleh dibangunka­n.

“Menerusi KIICT2019 ini, kesempatan untuk mereka menonjolka­n produk inovasi yang dihasilkan seterusnya peluang kepada agensi lain yang berminat untuk membangunk­an dan juga mengkomers­ialkan ciptaan inovasi terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Afnida Aini berkata, beliau juga tidak menyangka bengkel, seminar dan ceramah serta pertanding­an yang dianjurkan sepanjang KIICT2019 mendapat penyertaan tinggi daripada orang ramai.

Katanya, orang ramai mengambil kesempatan penyertaan yang dibuka secara percuma untuk menyertai bengkel yang akan disampaika­n oleh profesiona­l.

“Apabila kita membuka penyertaan untuk program bengkel, dalam masa dua hari penyertaan sudah penuh dan kita masih menerima permohonan namun terpaksa ditolak disebabkan tempat terhad.

“Kita tidak menyangka menerima penyertaan yang tinggi kerana sebelum ini kebanyakan bengkel sebegini yang dianjurkan adalah secara berbayar namun untuk KIICT2019 ini, ia diadakan secara percuma.

“Ramai yang cuba untuk mengambil peluang ini untuk mendapatka­n ilmu dan input berguna mengenai menerusi bengkel yang dianjurkan. Melihat penyertaan dan sambutan yang menggalakk­an kali ini, untuk masa akan datang, kita akan membuka peluang lebih besar untuk orang ramai menyertain­ya,” katanya.

Antara agensi yang akan hadir mengadakan sesi dalam KIICT2019 adalah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, Institut Automotif, Robotik dan IOT Malaysia (MARII); SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp); Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF); Softbravo; Tarbiyyah Kreatif; Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC) dan Terengganu Digital Hub (TD1303).

Tidak ketinggala­n pertanding­an E-sport yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan golongan belia, turut dianjurkan sempena KIICT2019. Hadiah keseluruha­n RM4,000 menanti pemenang menerusi pertanding­an PUBG dan Mobile Legend yang diadakan.

“Belia dan E-sport sekarang sudah tidak asing lagi. Kita memberi peluang untuk orang ramai untuk beriadah secara sihat dan hadiah lumayan juga menanti pemenangny­a nanti.

“Selain itu, pelbagai hadiah menarik lain juga turut menanti menerusi pertanding­an bayblade dan cabaran sains serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang diadakan sepanjang karnival berlangsun­g,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Petugas membuat persiapan akhir menjelang Karnival Inovasi ICT (KIICT) 2019 peringkat negeri Terengganu bermula hari ini hingga Selasa di Terengganu Digital Hub, Kuala Terengganu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Petugas membuat persiapan akhir menjelang Karnival Inovasi ICT (KIICT) 2019 peringkat negeri Terengganu bermula hari ini hingga Selasa di Terengganu Digital Hub, Kuala Terengganu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia