Berita Harian

Graduan Kolej Vokasional terus jadi rebutan

-

Nilai: Kira-kira 97 peratus graduan Kolej Vokasional (KV) berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh lima bulan selepas tamat pengajian masing-masing, membuktika­n institusi pengajian itu berada pada landasan tepat melahirkan graduan berkemahir­an tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata statistik itu membuktika­n graduan Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) mempunyai kebolehpas­aran cukup tinggi dalam pasaran pekerjaan terutama bidang industri.

“TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya ribuan graduan yang dikeluarka­n oleh Kolej Vokasional setiap tahun memberi impak yang besar kepada pembanguna­n dan ekonomi negara.

“Graduan yang dikeluarka­n oleh Kolej Vokasional, bukan sahaja membawa nama kolej, bahkan nama negara ke arena antarabang­sa apabila mereka turut memasuki pasaran pekerjaan di luar negara.

“Saya yakin, graduan Kolej Vokasional mampu membina masa depan lebih gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional Kementeria­n Pendidikan Malaysia kali keempat, di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

14,387 graduan dari seluruh negara menerima diploma pada majlis konvokesye­n kali ini yang bermula 29 September lalu termasuk 11,838 daripadany­a mewakili zon Semenanjun­g.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Rafee berkata, jumlah graduan KV yang menamatkan pengajian setiap tahun terus meningkat sekali gus membuktika­n nasib pendidikan anak-anak yang memilih bidang teknologi sentiasa terbela setanding dengan bidang yang lain.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara KV dengan pelbagai pihak khususnya industri meningkat apabila terdapat 1,000 memorandum persefaham­an (MOU) ditandatan­gani kedua-dua pihak.

“Kerjasama itu memberi impak positif dan lonjakan kejayaan dalam memastikan peluang graduan KV lebih luas untuk memasuki pasaran pekerjaan.

“Justeru itu, saya minta seluruh warga Kolej Vokasional, teruskan usaha supaya nama kolej sentiasa menjadi yang terkehadap­an dalam meniti arus Revolusi Industri 4.0 dan meniti arus pemodenan global pendidikan masa kini serta masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia