Berita Harian

Burung punai emas bertelur sebiji semusim

-

burung punai emas atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Nicobar Pigeon tidak masyhur seperti burung kakak tua dan burung merak.

Bagaimanap­un, sifatnya hanya bertelur sebiji dalam semusim atau lapan bulan menjadikan spesies ‘burung pulau’ itu begitu berharga di mata peminatnya.

Berasal daripada keluarga burung merpati, spesies itu boleh ditemui di kawasan kepulauan sekitar Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain.

Burung ini juga boleh ditemui di Pulau Andaman, Pulau Solomon dan gugusan pulau berdekatan Hawaii.

Menurut Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam (CITES) di Geneva, burung punai emas tergolong dalam Apendiks 1 iaitu diklasifik­asikan sebagai spesies terancam yang hampir pupus.

Antara faktor yang mengancam spesies berkenaan ialah kegiatan pembalakan tidak terkawal sehingga mengganggu habitatnya.

Selain itu, burung punai emas turut diburu secara haram kerana ada organ tertentu burung itu kononnya boleh menyembuhk­an penyakit.

Pertama kali melihat spesies berkenaan, ia kelihatan seperti burung gagak jika ia berada di tempat redup atau terlindung daripada sinaran matahari.

Tanggapan pertama ternyata ‘berubah’ apabila cahaya matahari menyinari burung punai emas lalu menonjolka­n kecantikan warna pada bulu pelepahnya. Jika diamati, burung punai emas mempunyai bulu yang berwarna kuning keemasan disulami warna hijau dan biru metalik.

Pembiak burung terbabit, Muzaffar Kaisar Ishak, 47, berkata beliau berkecimpu­ng dalam kegiatan itu berikutan minat mendalam, selain komited memastikan program perlindung­an dijalankan supaya haiwan itu tidak pupus.

Katanya, habitat asal burung punai emas dalam hutan di kawasan kepulauan boleh dianggap tidak lagi selamat kerana haiwan itu terdedah ancaman akibat kegiatan pemburuan dan penerokaan haram sehingga mengganggu gugat tempat tinggal mereka.

“Tidak seperti burung kakak tua, penternakn­ya ramai dan banyak peminat. Saya antara dua pembiak burung punai di dunia.

“Seorang lagi pembiak dari Singapura. Tidak ramai yang membiak burung ini secara sah. Selain minat, matlamat utama saya membiak spesies burung ini bukan untuk komersial tetapi untuk tujuan perlindung­an.

“Untuk memiliki, membiak dan mengimport spesies burung ini, ia memerlukan permit khas atau kelulusan daripada menteri berkenaan,” katanya ketika ditemui di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Muzaffar berkata, semua permohonan dan projek perlu mendapatka­n sokongan daripada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (PERHILITAN).

Katanya, mereka akan datang dan memeriksa ukuran sangkar, kemampuan dan pengetahua­n sama ada pemohon memenuhi syarat supaya permit dapat diluluskan untuk memulakan projek perlindung­an burung punai emas.

“Syukur, selepas 16 tahun membiak spesies ini, pada

10 Ogos lalu, saya dapat kelulusan daripada Sekretaria­t CITES di Geneva untuk membenarka­n burung ini dieksport secara komersial,” katanya.

Menceritak­an lebih lanjut keunikan burung punai emas, Muzaffar berkata, selain warnanya yang memukau dan hanya bertelur sebiji semusim, burung berkenaan mempunyai bulu yang panjang pada kiri dan kanan tengkuknya.

Katanya, burung jantan berbulu panjang pada tengkuk dan ia menjadi petunjuk mudah bagi membezakan jantina haiwan itu.

 ??  ?? Anak burung punai emas mula berdikari pada umur 45 hari.
Anak burung punai emas mula berdikari pada umur 45 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia