Berita Harian

Palestin ‘ketawa’ kemelut politik Israel

-

dua sekutu - Israel dan Amerika Syarikat mungkin mengundang ketawa besar kepada semua warga Palestin, ketika ini.

Impian rejim Zionis yang mahu meluaskan penguasaan ke wilayah penting di Tebing Barat nampak kabur dan kini mereka macam gigit jari.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang bercita-cita besar untuk merampas Lembah Jordan di Tebing Barat turut buntu ketika ini selepas gagal mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Israel, baru-baru ini.

Tambah perit, beliau kini didakwa atas kes rasuah pula.

Ia juga satu tamparan hebat kepada Washington yang kononnya mahu mengadakan rancangan damai di antara rejim Zionis dan Palestin.

Ini hanya menceritak­an hakikat betapa saat sukar yang terpaksa diterima oleh Israel, khasnya Netanyahu yang menyakitka­n hati warga Palestin baik di Tebing Barat mahu pun di Semenanjun­g Gaza.

Sebenarnya, rakyat Palestin tidak peduli siapa menang dalam pilihan raya Israel, bulan lalu kerana pada pengamatan mereka siapa sahaja menjadi pemimpin, sifat mereka tetap sama - hanya mahu menyusahka­n warga Islam.

Seorang peniaga kecil, Issa Hassan, 22, yang memiliki kedai kopi di pantai Gaza secara terus terang berkata mereka tidak peduli siapa bakal menjadi pemimpin Israel.

Malah, seperti warga Palestin lain, anak muda ini tidak yakin kejatuhan Netanyahu menjanjika­n masa depan lebih baik kerana kekejaman Zionis sudah berakar umbi.

“Percayalah .... kami tak peduli siapa bakal menerajui Israel, sekalipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” kata Issa.

Maher Abu Hazima, seorang nelayan mengeluark­an syiling daripada poketnya dan berkata: “Sebelah ini muka Netanyahu.” Selepas itu dia mengalihka­n syiling itu dan berkata: “Yang ini Benny Gantz. Mereka semua sama.”

Ahmad Gharabli, 31, yang juga pemilik kedai kecil di Gaza bersetuju dengan pandangan dua rakan lain kerana membidas betapa Yahudi tidak menyukai mereka.

“Mereka tidak akan mempedulik­an nasib kami. Itu sudah pasti,” katanya.

Krisis politik Israel masih belum berakhir dan sehingga kini, belum ada kerajaan berjaya ditubuhkan untuk mentadbir wilayah Yahudi itu.

Kebuntuan itu sekali gus menggugat kedudukan Netanyahu untuk mencipta rekod menjadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat di wilayah berkenaan.

Ini susulan parti pimpinanny­a Likud tidak memperoleh majoriti kerusi di Parlimen. Ia cuma mendapat 32 kerusi berbanding pencabar terkuatnya, parti Blue and White pimpinan Benny Gantz, 33.

Keadaan memaksa Presiden Israel, Reuven Rivlin, campur tangan untuk menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

Ada ura-ura menyebut mungkin berlaku penggilira­n jawatan berkenaan di antara Netanyahu dan Gantz.

Namun, ia tidak menyelesai­kan masalah apabila kedua-dua pemimpin berdegil untuk memegang jawatan itu terlebih dahulu.

Perkembang­an ini hanya mengundang rasa ketawa warga Palestin kerana negara musuh itu menghadapi masalah dalaman ketika sibuk mahu tunjuk belang mereka di luar.

 ??  ??
 ??  ?? Issa tidak peduli siapa bakal menerajui rejim Zionis, sekalipun Trump sendiri.
Issa tidak peduli siapa bakal menerajui rejim Zionis, sekalipun Trump sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia