Berita Harian

Hazzaa sumber inspirasi rakyat UAE

-

Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hazzaa Al Mansorri terus menyelimut­i badan dengan bendera negara sebaik saja selamat mendarat di Bumi, Khamis lalu, selepas lapan hari mengelilin­gi orbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabang­sa (ISS).

Hazza, 35, mendarat di Kazakhstan bersama Nick Hague dan Alexen Ovchinin. Ketiga-tiga mereka direhatkan di atas kerusi dan diberikan pemeriksaa­n kesihatan awal.

Sebelum angkasawan Arab pertama itu kembali dari stesen angkasa, Hazzaa sempat berkongsi pemandanga­n dari angkasa yang diambil dari modul ‚observator panaroma Cupola‘ dan memberi penghormat­an kepada bapa pengasas misi angkasa UAE, Sheikh Zayed Sultan Al-nahyan.

“Dengan rasa takut dan bangga, kami kembali dengan cita-cita Zayed yang tercapai, mengembali­kan zaman kegemilang­an angkasawan Arab. Kami masih belum puas dan tidak mungkin puas,” katanya.

Sepanjang berada di ISS, beliau sempat memakai pakaian kebangsaan UAE, kandura, berkongsi kudapan kegemaran, turut serta dalam kajian saintifik dan menyiarkan gambar UAE dan Makkah.

Pada masa sama beliau memuat naik gambar kedudukan UAE dan Makkah yang dirakamkan dari ISS di Twitter, menjalanka­n beberapa eksperimen saintifik serta mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar sekolah di negara itu.

Misi yang disertai Hazzaa mungkin terlalu singkat, tetapi ia sudah memadai untuk menjadi sumber inspirasi kepada rakyat dan negaranya UAE, peneroka baharu dalam bidang angkasa lepas.

Hazzaa dilahirkan pada 13 Disember 1983, di Wathba, Abu Dhabi. Ketika zaman kanak-kanak, Hazza gemar mengembara dan melihat bintang serta tahu bintang ketika gelap malam di kawasan gurun Liwa, tempat banyak zaman kanak-kanaknya dihabiskan.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang juruterban­g dan gemar membaca mengenai kapal terbang dan kapal angkasa.

Sebaik saja menamatkan pendidikan di peringkat sekolah menengah di Al Seddique, Liwa, wilayah Al Dhafra, Hazzaa menyambung pengajian di Kolej Khalifa Zayed, menamatkan pengajian pada 2004, dengan mendapat ijazah dalam bidang penerbanga­n.

Beliau menyertai Angkatan Tentera Udara UAE dan dilantik sebagai juruterban­g. Kerajaan UAE menghantar beliau untuk menjalani latihan jet pejuang F-16 di Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Bapa kepada empat orang anak ini pernah menjalani beberapa latihan lanjut untuk melayakkan dia sebagai juruterban­g jet pejuang F-16, antaranya, latihan menyelamat­kan diri dalam air, Kursus GYRO LAP sehingga perinkat 9G, Latihan RED Flag.

Pada 2016, beliau terpilih untuk menjalani latihan persembaha­n udara juruterban­g. Selang setahun kemudian beliau menyertai Dubai Airshow dan mengambil bahagian dalam pertunjuka­n di beberapa bandar di UAE sempena sambutan Hari Kebangsaan UAE pada 2 Disember 2017.

Juruterban­g tentera yang sudah bersara ini terpilih daripada 4,022 calon yang mendaftark­an diri untuk menyertai program berprestij yang ditawarkan Pusat Angkasa Mohammed Rahsid. Semua calon diuji dengan beberapa subjek teknologi, sains, matematik, fizik dan pengetahua­n mereka mengenai angkasa lepas.

Hanya 400 calon yang melepasi saringan awal program ini. Saringan kedua menyaksika­n 95 orang melayakkan diri. Semua calon ini perlu menjalani ujian kesihatan dan hanya 39 orang calon yang berminat melepasi ujian. Semua calon diberi peluang untuk mempamerka­n keperibadi­an, keupayaan kognitif, kebolehan dan kecerdasan ketika sesi wawancara.

Selepas proses dua saringan 39 calon terpilih tetapi sembilan teratas dinilai oleh pasukan angkasa Russia. Selepas hampir dua tahun kerja keras dan persiapan, akhirnya pada September 2018, dua orang terpilih iaitu, Hazzaa dan Sultan Al Neyadi (sokongan kepada Hazza).

Impian Hazzaa akhirnya menjadi kenyataan apabila kapal angkasa dilancarka­n dari Kazakhstan pada 25 September lalu. Ia ternyata mencetuska­n kekaguman rakyat UAE yang berada di Pusat Angkasa Mohammed Rashid, di Dubai hingga beliau dianggap sebagai wira.

Susulan kejayaan misi ini, UAE mempunyai cita-cita untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas. Satelit buatan tempatan pertama, Khalifasat dilancarka­n dari Jepun setahun lalu, malah negara itu berhasrat untuk melancarka­n penyelidik­an ke planet Marikh tahun depan.

 ??  ?? Hazzaa bersalaman dengan Perdana Menteri UAE, Sheikh Zayed Sultan Al-nahyan.
Hazzaa bersalaman dengan Perdana Menteri UAE, Sheikh Zayed Sultan Al-nahyan.
 ??  ?? Peluang keemasan sudah pasti tidak dilepaskan Hazzaa untuk merakamkan pemandanga­n di angkasa lepas.
Peluang keemasan sudah pasti tidak dilepaskan Hazzaa untuk merakamkan pemandanga­n di angkasa lepas.
 ??  ?? Kapal angkasa Russia Soyuz MS-15 dilancarka­n pada 25 September lalu, di Kazakhstan.
Kapal angkasa Russia Soyuz MS-15 dilancarka­n pada 25 September lalu, di Kazakhstan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia