Berita Harian

Rozaiman ‘terjebak’ sejak kecil dalam permotoran

-

Boleh ceritakan permulaan terbabit dalam dunia permotoran?

Saya beraksi dalam Cub Prix pada 2008 dalam kategori Wira dan bermula terjebak dalam sukan ini menerusi beberapa individu. Mereka memaklumka­n kepada saya mengenai pemilihan di Kampung Gajah dan Alhamdulil­lah sekali cuba, saya terus dapat.

Bagaimana minat timbul untuk beraksi dalam sukan motosikal?

Saya minat main moto sejak kecil dan kebanyakan orang di situ adalah pelumba lama. Jadi saya sudah terdedah dengan perlumbaan moto sejak kecil. Keluarga juga banyak menyokong saya.

Pengalaman menaiki podium?

Ketika perlumbaan di Sepang (Underbone 150), saya tidak sasarkan untuk menaiki podium kerana kami adalah pasukan baharu. Sewaktu perlumbaan Alhamdulil­lah perjalanan pusingan pertama hinggalah akhir berjalan lancar. Saya bermula daripada 2008 hingga 2015, setiap tahun ada podium. 2016, 2017, 2018 tiada podium kerana saya main Cub Prix, tidak ikut serta perlumbaan peringkat Asia.

Selain berlumba, apa yang anda lakukan? Saya juga ada lakukan perniagaan pakaian dan makanan secara kecilkecil­an. Mohd Rozaiman Md Said tidak asing lagi dalam arena permotoran negara. Pelumba berasal dari Pulau Pinang ini membuat kemunculan semula di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bagi musim 2019 selepas empat tahun tidak menyertai perlumbaan peringkat Asia itu.

Dia yang kini berusia 30 tahun muncul bersama pasukan baharu dan julung kali menyertai saingan peringkat Asia, Cardinals Racing Team dalam kelas Underbone 150cc bersama rakan seperjuang­annya di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Muhamad Fitri Ashraf Razali.

Selain menyertai ARRC, Rozaiman juga beraksi dalam perlumbaan Cub Prix bersama pasukan Cilik RCB Motorsport.

Ikuti temubual wartawan BH Sukan,

Rozaiman.

Saya juga baru sertai pasukan produksi sebagai ‘Stuntman’ untuk filem Remp-it 2.

Matlamat dalam sukan permotoran?

Saya kalau boleh mahu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengikut jejak langkah pelumba Malaysia secara halal dalam litar. Saya juga ada melatih pelumba-pelumba baharu di Pulau Pinang

Boleh anda kongsi kenangan manis dan pahit?

Tahun 2009 di Indonesia saya jatuh dan akibatnya patah paha kanan dan terpaksa berehat lebih sebulan dan terlepas dua perlumbaan. Pengalaman manis saya adalah ketika menjuarai perlumbaan 1 kategori Underbone 150 di Jepun pada 2013. bersama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia