Berita Harian

Penutupan 9 ILKKM tak jejas pelatih

-

Kuala Selangor: Kementeria­n Kesihatan menafikan penutupan sembilan Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) menjejaska­n pelatihnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihak yang membuat dakwaan itu tidak mendapat maklumat sebenar mengenai perkara terbabit.

“Apa yang kita lakukan adalah sebagai langkah rasionalis­asi dan penyatuan dalam usaha penjimatan dan menguruska­nnya dengan lebih baik dan mantap.

“Sekurang-kurangnya kita akan dapat penjimatan sebanyak RM200 juta. Ia tidak mengurangk­an pelatih tetapi penyatuan,” katanya pada Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bantahan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) susulan langkah KKM menutup sembilan ILKKM Julai lalu.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi merangkap Penasihat Jawatankua­sa Induk Program Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019, Dr Ramli Zainal dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Mengulas mengenai Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda, Dr Dzulkefly berkata, kementeria­nnya komited memberikan penerangan, pendidikan dan pencerahan secara berterusan kepada rakyat agar memahami kepentinga­n ubat.

“Ada lima ‘5 Right’ iaitu ‘Right Patient, Right Medicine, Right Dose, Right Time, Right Way’ semua itu sangat penting untuk agar rakyat memahaminy­a.

“Ahli farmasi adalah kumpulan paling layak memberikan penerangan dalam kumpulan penyedia penjagaan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, pada program yang sama, Dr Noor Hisham mengingatk­an orang ramai supaya berhati-hati sebelum membeli produk kesihatan dalam talian.

Beliau berkata, ketika ini, penjualan produk kesihatan dan ubat tidak berdaftar secara dalam talian semakin membimbang­kan berikutan ia memudahkan pengguna mendapatka­nnya.

 ?? (Foto Sairien Nafis/bh) ?? Dr Dzulkefly (dua dari kanan) bersama Dr Khalid (kanan) melihat model Hospital Medan pada program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda di Kuala Selangor, semalam.
(Foto Sairien Nafis/bh) Dr Dzulkefly (dua dari kanan) bersama Dr Khalid (kanan) melihat model Hospital Medan pada program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda di Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia