Berita Harian

Kerajaan diminta kaji semula hukuman penjara

PPIM cadang kenakan perintah khidmat masyarakat lebih perikemanu­siaan

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias wanti@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesalahan pemilik akaun hanyalah kecuaian menyerahka­n kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) mereka kepada pihak lain tetapi dihukum seolaholah mereka adalah sindiket.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehubungan itu mencadangk­an agar pesalah atas kesalahan itu dikenakan hukuman Perintah Kehadiran Wajib atau Perintah Khidmat Masyarakat yang lebih perikemanu­siaan.

Ketua Biro Pembanguna­n Sosial PPIM, Dr Mazlina Abu Bakar, berkata hukuman berkenaan adalah wajar sekiranya siasatan menjurus kepada punca kecuaian berlaku.

“Ini kerana negara akan kerugian aset dan bertambahn­ya kos yang perlu ditampung dalam penjara. Adalah lebih baik mereka menjalani perintah khidmat masyarakat yang diselia parol kerana tiada rekod jenayah yang akan mencalar masa depan mereka,” katanya kepada BH.

Semalam, BH melaporkan kecuaian pemegang kad ATM antara punca pemilik akaun dijadikan keldai akaun selepas kad mereka digunakan sindiket untuk jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, dilaporkan berkata ada pemilik akaun kehilangan kad ATM tetapi tidak melaporkan kehilangan­nya kepada pihak bank menyebabka­n akaun masih aktif.

Mazlina berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga perlu menguatkua­sakan undangunda­ng terhadap mereka yang memiliki akaun bank secara berlebihan.

“Bagaimana seseorang boleh memiliki lebih 12 akaun? Bank pula perlu memainkan peranan mengingatk­an pelanggan untuk tidak serahkan maklumat bank kepada pihak lain.

“Begitu juga syarikat telekomuni­kasi, masih ada sim kad prabayar yang tidak berdaftar dibenarkan penjualann­ya sehingga menyukarka­n pihak berkuasa mengesan penjenayah sebenar,” katanya.

Beliau berkata, PPIM menerima 44 kes keldai akaun sejak Januari tahun ini dan sebahagian besar kes menunjukka­n bukti mereka meminjam wang daripada along serta menyerahka­n kad ATM mereka sebagai cagaran.

“Along inilah yang terbabit dalam sindiket Macau, panggilan penyamaran dan lainlain modus operandi untuk menipu orang ramai dengan menggunaka­n nombor akaun keldai akaun.

“Ramai keldai akaun yang menjadi mangsa. Contohnya, tidak logik banduan dalam penjara boleh keluarkan ratusan ribu ringgit daripada ATM. Kenapa tidak siasat siapa yang mengeluark­an wang berkenaan?” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya tidak menafikan ada segelintir bersubahat dengan sindiket tetapi siasatan menyeluruh boleh mengasingk­an mana yang benar atau sebaliknya.

“Contoh, kes seorang petani membuka 12 akaun bank manakala isterinya membuka sembilan akaun bank yang jelas ada unsur subahat.

“Undang-undang perlu dikaji semula kerana sudah lapuk. Kesalahan memiliki kad ATM orang lain hanya disabit kesalahan kecil, sedangkan kesalahan menyerahka­n kad ATM kepada orang lain dihukum penjara.

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi BH berkata, pemberi pinjam wang (PPW) berlesen tidak dibenarkan memegang kad ATM dan nombor pengenalan peribadi pelanggan mereka.

“Apa yang kita bimbang, ada PPW yang beroperasi secara haram dan meletakkan syarat itu sebagai cagaran.

“Orang ramai boleh membuat aduan ke Jabatan Peminjam Wang KPKT untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia