Berita Harian

23 kementeria­n, 101 agensi buka pintu Sabtu

-

Putrajaya: Buat julung kalinya, 23 kementeria­n dan 101 agensi kerajaan di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini membuka pintu kepada orang ramai pada Sabtu bagi menyampaik­an perkhidmat­an secara bersemuka dan terbuka kepada rakyat.

Bertemakan ‘Sehari Bersama Rakyat, Menyediaka­n 1001 Perkhidmat­an’, program yang diadakan bersempena Hari Terbuka Putrajaya 2019 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu menawarkan lebih 200 perkhidmat­an di lobi kementeria­n dan agensi terbabit.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad, berkata semua kementeria­n dan agensi kerajaan serta rakyat hendaklah mengambil peluang itu dengan mendayaupa­yakan usaha terbaik bagi memastikan kelangsung­an perkhidmat­an kepada rakyat yang cemerlang dan berkesan.

“Saya percaya dengan komitmen dan kesungguha­n kita semua menggalas amanah, perkhidmat­an awam dan rakyat akan saling melengkapi dan saling mengimbang­i ke arah keperluan rakyat dan kesejahter­aan negara,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka Putrajaya dan Karnival Putrajaya 2019, di sini, semalam.

Dianjurkan bersama oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Perbadanan Putrajaya (PPJ), antara perkhidmat­an yang disediakan pada Hari Terbuka Putrajaya adalah diskaun saman trafik, pemasangan Teknologi Identifika­si Frekuensi Radio (RFID) percuma, pemeriksaa­n Unit Bergerak (Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom), karnival kerjaya, semakan wang tidak dituntut, urusan pencen dan gimnasium percuma.

Selain itu, antara segmen menarik yang lain adalah Pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Putrajaya Animal Lovers Festival.

Mengenai Karnival Putrajaya 2019, Khalid berkata program yang turut mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutua­n (MPPWP) itu diadakan bertujuan mengukuhka­n interaksi dan integrasi sosial serta hubungan baik antara PPJ dengan komuniti Putrajaya.

Khalid berkata, MPPWP memainkan peranan penting, selari dengan objektif penubuhann­ya sebagai satu daripada mekanisme penghubung antara kerajaan dengan komuniti setempat.

“Kerjasama terbaik MPPWP ini dapat dilihat daripada usaha bersungguh-sungguh menjayakan pelbagai aktiviti seperti street soccer, street netball, kayuhan sejahtera dan Treasure Hunt Berbasikal,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia