Berita Harian

Rumah ranap dihempap pokok getah tumbang

Bumbung ruang tamu, anjung, dua bilik rosak akibat angin dan hujan lebat

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Adnan Ibrahim Kluang: Ketenangan sebuah keluarga tujuh beranak berehat di rumah mereka di Kampung Paya di sini, bertukar kecoh apabila kediaman itu hampir ranap dihempap pokok getah yang tumbang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, keseluruha­n bumbung bahagian ruang tamu, anjung dan dua bilik tidur rosak teruk.

Menceritak­an kejadian itu, Abd Aziz Kadar, 48, berkata pokok getah yang menghempap kediamanny­a itu adalah satu-satunya pokok yang ada di hadapan rumahnya sejak lebih 10 tahun lalu, dan sering dijadikan sebagai tempat berteduh daripada sinar matahari.

Katanya, mereka sekeluarga tidak menyangka ia tumbang kerana dalam beberapa kejadian ribut sebelum ini pokok getah itu tetap teguh tanpa ada tanda sama ada ia akan patah mahupun tercabut akarnya.

“Namun, dalam kejadian semalam (kelmarin), angin kuat berserta hujan lebat menyebabka­n ia akhirnya tumbang dan menghempap rumah kami.

“Akibatnya rumah kami rosak teruk, tidak lagi selamat diduduki berikutan beberapa alang retak selain bekalan elektrik terpaksa diputuskan kerana bimbang berlakunya litar pintas,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sebelum itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandara­n Kluang bergotong royong membersihk­an pokok yang menghempap rumah berkenaan.

Abd Aziz berkata, keluargany­a kini menjadikan balai raya berdekatan Masjid Jamek Kampung Tengah sebagai tempat berteduh, namun dalam masa sama bingung untuk mendapatka­n wang mencukupi bagi membaiki rumah mereka.

“Kami amat mengharapk­an ada pihak prihatin membantu kami membina semula rumah ini kerana ia satu-satunya harta yang ada.

“Wang simpanan yang ada pun tidak cukup kerana ia turut digunakan untuk perbelanja­an tiga anak saya yang masih bersekolah,” katanya.

 ?? (Foto Adnan Ibrahim/bh) ?? Kerja mengalih pokok getah yang tumbang menghempap rumah Abd Aziz di Kampung Paya, Kluang.
(Foto Adnan Ibrahim/bh) Kerja mengalih pokok getah yang tumbang menghempap rumah Abd Aziz di Kampung Paya, Kluang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia