Berita Harian

‘Mahu lihat semua rakyat mencarum’

1.4 juta suri rumah bakal terima perlindung­an tak lama lagi

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Ipoh: Kementeria­n Sumber Manusia berhasrat semua rakyat Malaysia mencarum bagi mendapat perlindung­an PERKESO, bukan hanya terhad kepada golongan pekerja sahaja.

Menteri, M Kulasegara­n, berkata pihaknya berhasrat supaya lebih ramai rakyat negara ini mendapat perlindung­an PERKESO, bermula dengan 1.4 juta suri rumah yang disasarkan sebagai golongan bukan pekerja yang akan menerima perlindung­an itu tidak lama lagi.

“Kita bersedia memberi liputan kepada semua orang, dan akan beri kepada suri rumah tidak lama lagi, kita mahu lebih ramai mendapat perlindung­an.

“Impian saya satu hari nanti semua orang akan dilindungi oleh PERKESO daripada pekerja, penganggur dan semua orang,” katanya selepas merasmikan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Peringkat Zon Utara Tahun 2019 di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sesi dialog dengan 500 ejen Kumpulan Insuran Zurich dan Takaful pada majlis makan malam ejen terbabit malam kelmarin apabila ada antara perunding insurans meluahkan hasrat untuk mencarum dalam PERKESO.

Kulasegara­n berkata, pihaknya menyambut baik jika ada syarikat insurans ingin membuat caruman untuk perunding atau ejennya dalam PERKESO.

Beliau berkata, perkara itu hanya boleh dilaksanak­an jika semua atau sebahagian besar ejen dan perunding syarikat insurans itu mencarum dalam PERKESO bagi memastikan agensi kerajaan itu tidak rugi.

“Ada dialog bersama konsultan (perunding) insurans malam tadi (kelmarin) yang ingin menyumbang kepada PERKESO. Jadi saya beritahu kepada mereka jika semua ejen insurans dan konsultan sekali gus menyumbang kepada PERKESO, kita sudi terima.

“Tetapi jika hanya sebilangan saja, kita agak keberatan kerana ia berisiko tinggi. Katakan ada 100 ejen tetapi hanya 10 orang sahaja yang mencarum, selebihnya harus dilindungi juga supaya kita boleh melindungi semua ejen supaya PERKESO tidak rugi,” katanya.

Beliau berkata, syarikat insurans juga perlu memikirkan nasib ejen mereka yang mungkin berdepan kemalangan ketika bekerja yang memungkink­an mereka mendapat imbuhan kewangan tertentu jika mencarum dengan PERKESO.

 ?? (Foto Muhaizan Yahya/bh) ?? Kulasegara­n bersama peserta Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Utara Tahun 2019 di ILP Ipoh, semalam.
(Foto Muhaizan Yahya/bh) Kulasegara­n bersama peserta Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Utara Tahun 2019 di ILP Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia