Berita Harian

24,397 terima bayaran insurans lebih RM67 juta

-

Kangar: Seramai 24,397 pekerja yang hilang pekerjaan sudah mendapat bayaran sebanyak RM67.5 juta dalam tempoh awal tahun ini hingga 20 September lalu menerusi Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Amir Omar, berkata selain menerima faedah itu, mereka turut dibantu bagi mendapatka­n pekerjaan baharu.

“Pekerja yang kehilangan pekerjaan atau digelar sebagai Orang Berinsuran­s (OB) sudah dibantu oleh Pegawai Perkhidmat­an Pekerjaan (ESO) melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula.

“Pegawai ESO yang bertindak sebagai kaunselor pekerjaan kepada OB sudah turun padang dengan membimbing mereka dalam mencari pekerjaan baharu, malah menerusi SIP PERKESO juga orang awam dibantu khususnya bagi yang memerlukan bantuan carian pekerjaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Advokasi dan Karnival Pekerjaan SIP PERKESO Negeri Perlis 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, di sini.

Pada program itu, sebanyak 16 majikan daripada pelbagai sektor industri menawarkan 956 kekosongan jawatan.

Turut hadir, Ketua SIP PERKESO, Datuk Sahar Darusman; Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Sumber Manusia Perlis, Rozieana Ahmad dan Pengarah PERKESO Perlis, Basharudin Khalid.

Mengulas mengenai OB yang sudah diterima bekerja semula, Amir berkata, hingga kini seramai 11,585 orang berjaya kembali bekerja di bawah Program Penempatan Semula Pekerjaan.

“Di Perlis, seramai 172 daripada 317 orang yang hilang pekerjaan dibantu melalui pemberian faedah SIP PERKESO manakala 29 daripadany­a dibantu melalui pemberian pekerjaan yang baharu.

“Malah melalui sistem Job Portal yang dijangka bakal memulakan operasi pada hujung bulan ini, dijangka lebih ramai lagi OB bakal bekerja semula dari seluruh negara,” katanya.

 ?? (Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) ?? Basharudin, Sahar, Amir dan Rozieana merasmikan Program Advokasi dan Karnival Pekerjaan SIP PERKESO Negeri Perlis 2019 di Kangar, semalam.
(Foto Sharul Hafiz ZAM/BH) Basharudin, Sahar, Amir dan Rozieana merasmikan Program Advokasi dan Karnival Pekerjaan SIP PERKESO Negeri Perlis 2019 di Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia