Berita Harian

16 Nelayan Vietnam terjun laut elak ditangkap

-

Kuala Terengganu: Sekumpulan 16 nelayan Vietnam bertindak terjun dan berenang sejauh 100 meter sebelum memanjat tangga pelantar minyak dalam usaha melarikan diri bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, tindakan kumpulan terbabit tidak berhasil apabila mereka ditahan ketika berada di bahagian tangga pelantar berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilha­di Abd Rashid, berkata kejadian berlaku ketika nelayan asing terbabit sedang melakukan kegiatan penangkapa­n ikan secara haram di lokasi 108 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, jam 9.57 pagi.

Katanya, kehadiran nelayan terbabit di kawasan berkenaan dikesan Kapal Maritim yang menjalanka­n rondaan Op Naga Barat dan Op Iman di perairan berhampira­n pelantar Begading.

“Menyedari kehadiran kapal maritim, nelayan terbabit cuba melarikan diri dengan menaiki bot menghala ke arah pelantar yang terletak kira-kira lima batu nautika dari kawasan mereka menangkap ikan.

“Sebaik menghampir­i pelantar, kesemua nelayan terbabit termasuk tekong berusia antara 15 hingga 47 tahun bertindak terjun dan berenang menghala ke pelantar Begading serta membiarkan bot mereka hanyut,” katanya.

Beliau berkata, tindakan kumpulan nelayan terbabit disedari pekerja pelantar yang kemudian bertindak membantu membawa anggota maritim naik ke pelantar menggunaka­n kren.

Hasil pemeriksaa­n mendapati semua nelayan asing terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kami turut merampas hasil tangkapan, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan yang semuanya dianggarka­n bernilai hampir RM1 juta.

“Bot terbabit dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1) (a) 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, sejak 26 April 2019 sehingga semalam, pihaknya berjaya membuat pemeriksaa­n sebanyak 1,967 dan 112 tangkapan yang merangkumi semua pemeriksaa­n dan tangkapan daripada pelbagai agensi yang terbabit menerusi Op Naga Barat Siri 1/2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia