Berita Harian

Nilai 3 kena serbu lagi

32 pendatang tinggal lebih masa, salah guna pas lawatan sosial ditahan

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Nilai: Kawasan Nilai 3 di sini, yang disyaki menjadi penempatan pendatang asing tanpa izin ‘bersembuny­i’ terus diserbu Jabatan Imigresen.

Dalam serbuan jam 10 pagi kelmarin hingga jam 2 pagi semalam, seramai 32 warga asing ditahan sepasukan anggota imigresen yang melakukan pemeriksaa­n di kawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Amrih Siatoh, berkata mereka antara 49 pendatang berusia lapan hingga 50 tahun yang ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Seremban dan Nilai 3.

“Berdasarka­n aduan yang diterima dan risikan dilakukan mendapati Nilai 3 menjadi lokasi tumpuan warga asing terutama dari Pakistan.

“Kita menyerbu kawasan premis perniagaan, restoran dan rumah. Hasil pemeriksaa­n dilakukan seramai 32 warga asing ditahan kerana didapati tinggal lebih masa serta menyalahgu­nakan pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Amrih berkata, pihaknya turut melakukan serbuan di sekitar Seremban dan berjaya menahan 17 warga asing atas pelbagai kesalahan.

“Semua yang ditahan adalah 32 warga Pakistan, Indonesia (12), Kemboja (3) dan India (2),” katanya.

Katanya, mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, pihaknya menghargai sokongan orang ramai yang menyalurka­n aduan dan akan memantau serta melaksanak­an operasi secara berterusan.

Pada bulan lalu, jabatan itu pernah menyerbu kawasan perniagaan Nilai 3 dan seramai 298 warga asing diperiksa sebelum menahan 68 daripada mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan.

 ?? (Foto Ihsan Imigresen) ?? Antara pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi disekitar Nilai 3, semalam.
(Foto Ihsan Imigresen) Antara pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi disekitar Nilai 3, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia