Berita Harian

Remaja bawah umur antara 17 ditahan

-

Georgetown: Tujuh belas termasuk lima remaja bawah umur ditahan ketika menyertai parti liar dan dadah dalam serbuan di sebuah hotel dekat Bukit Jambul, di sini, awal pagi semalam.

Kelima-lima mereka termasuk dua perempuan yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam di dalam dua bilik berasingan dan ujian air kencing turut mendapati mereka positif dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata serbuan pertama dilakukan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut selepas menerima maklumat berkaitan dadah di hotel terbabit.

Katanya, hasil serbuan itu menahan enam lelaki dan empat wanita yang berada dalam sebuah bilik dan menemui lapan paket syabu seberat 15.06 gram dan satu paket ketamin seberat 6.86 gram di atas meja makan, selain peralatan untuk menghisap dadah.

“Susulan serbuan itu, kita menahan seorang lelaki berhampira­n kolam renang hotel, kira-kira jam 3.45 pagi dan berpanduka­n suspek, enam lagi termasuk seorang wanita yang berada di ruang tamu sebuah bilik di hotel itu, ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n di atas rak televisyen dalam bilik terbabit kemudian menemui satu paket ketamin seberat 0.69 gram dan sebiji pil ecstasy seberat 0.60 gram dengan nilai keseluruha­n dadah yang dirampas berjumlah RM3,418,” katanya dalam satu kenyataan.

Che Zaimani berkata, dua remaja lelaki yang ditahan sudah tidak bersekolah, manakala tiga lagi yang berusia 16 tahun berhenti sekolah di Tingkatan Empat.

Katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas 12 lagi tangkapan yang berusia antara 18 hingga 31 tahun itu mendapati sembilan daripada mereka positif syabu dan ketamin.

“Soal siasat terhadap semua mereka mengaku mengambil dadah dua hari sebelum tangkapan dibuat dan datang ke bilik hotel itu hanya untuk berhibur.

“Siasatan turut mendapati bayaran dikenakan adalah RM50 bagi lelaki saja, manakala bagi perempuan percuma. Penganjur seorang lelaki berusia 28 tahun turut ditahan,” katanya.

Beliau berkata, semua mereka ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia