Berita Harian

Polis terima laporan doktor dibelasah

- Bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesahka­n menerima satu laporan berhubung kes pukul yang viral di media sosial membabitka­n seorang doktor yang sedang bertugas di kliniknya di Bandar Baru Bangi, Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, ketika mengesahka­n kejadian itu berkata laporan dibuat oleh doktor terbabit pada jam 3.45 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan ia masih diteruskan.,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubung­i balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870.

Terdahulu, viral di media sosial satu video berdurasi 2 minit 19 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai bernama ‘Aiman’ menyerang sebelum membelasah seorang lagi lelaki dipercayai doktor di sebuah klinik kesihatan.

Berdasarka­n percakapan mereka, kejadian dikatakan berlaku atas dakwaan doktor berkenaan keluar bersama isteri lelaki terbabit, namun punca sebenar tidak dapat dipastikan. Langkawi: Saat manis berbulan madu pasangan warga Sudan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Tasik Dayang Bunting di sini, petang kelmarin.

Mayat mangsa, Muhayman Abubaker Daffallah Mohamedtoo­m, 31, ditemui pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi pada jam 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 5.15 petang.

“Siasatan mendapati pasangan itu baru berkahwin dan datang ke Malaysia untuk berbulan madu serta menginap di sebuah hotel di sini.

“Pasangan itu mengambil pakej menjelajah pulau dan ke Tasik Dayang Bunting untuk mandi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Iqbal berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa turun ke dalam tasik untuk mandi tanpa memakai jaket keselamata­n.

“Mangsa dikatakan menyelam ke dalam tasik dan tidak timbul lalu isterinya meminta bantuan orang awam yang ada di persekitar­an tasik itu.

“Mayat mangsa kemudian ditemui lemas oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

Mangsa dikatakan menyelam ke dalam tasik dan tidak timbul lalu isterinya meminta bantuan orang awam.

 ??  ?? Ahmad Dzaffir
Ahmad Dzaffir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia