Berita Harian

7 murid cedera terkena serpihan komponen motosikal

-

Butterwort­h: Tujuh murid sebuah sekolah dekat sini yang menyertai program berjalan kaki cedera ringan selepas terkena serpihan kotak simpanan barang motosikal yang terbabit kemalangan di Jalan Taman Sungai Dua Utama, di sini, pagi semalam.

Kejadian pada jam 9.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila motosikal terbabit yang melalui jalan berkenaan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal.

Akibat pelanggara­n itu, kedua-dua penunggang terbabit terjatuh menyebabka­n komponen salah satu motosikal berkenaan pecah hingga serpihanny­a terkena tujuh murid berusia tujuh hingga 12 tahun yang ketika itu sedang berjalan kaki sempena program Walk for World Peace.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata

Hasil siasatan mendapati tujuh murid itu berjalan kaki di sebelah kiri jalan sebelum kemalangan.

anggota trafik ke lokasi kejadian selepas dimaklumka­n berhubung insiden itu.

“Hasil siasatan mendapati tujuh murid itu berjalan kaki di sebelah kiri jalan sebelum kemalangan membabitka­n dua motosikal yang menyebabka­n mereka cedera ringan selepas terkena serpihan komponen salah sebuah motosikal yang terjatuh.

“Semua mereka di hantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Klinik Kesihatan Sungai Dua dan Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Noorzainy menyeru kepada semua pengguna supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia